Thursday, January 2, 2014

tenanglah wahai hati

aku menulis bukan kerna nama, kerana sifat kasih pada semua insan
dan menyatakan kasih sayangku
kita sama semuanya sama apa yang anda semuanya kehidupan...

aku lihat aku mengerti jiwanya tetapi dia ..aku lihat tidak cuba memasuki ruang lingkup sahabiahnya yg lain. kenapa? adakah dia sendiri punyai nilai dan tanggapan terhadap rakannya sendiri..

oh si A mulutnya tempayan
oh si B mulutnya becok sekali
oh si C mulutnya manis sekali

begitukah dia melabel rakan-rakannya? sudah lama aku perhatikan dia cuma mahu orang lain memahami dirinya tanpa dia perlu memahami keadaan orang lain. apakah salah dia begini?

tidak! dia tidak salah malahan yg salah adalah rakan-rakannya yang masih cuba memahaminya sedangkan biarkan saja itu lebih baik kerana dia juga pasti mahukan perhatian dan kasih sayang sahabiah lain satu ketika nanti.

sanggupkah kita melihat dirinya terkapai-kapai sedangkan kita semua sudah memahami erti kasih? sanggupkah kita melihat dirinya tercari-cari sedangkan kita semua sudah memahami erti sayang?
sanggupkah kita melihat dirinya keseorangan tatkala kita memahami erti sebuah persahabatan?

oh tuhan.. aku tahu perasaannya. dia juga perlukan teman. namun, pada dasarnya dia tidak tahu belajar menjadi teman. dia sahaja sudah tidak mampu menggapai hati sahabat- sahabat apabila dia hanya mahu kemenangan di pihaknya tanpa ada rasa sekelumit 'ohh dia ada masalah' tidak muncul di kamus hidupnya.

maka, kita yang kenal siapa dia menjadi tidak kenal siapa dia malah yang lebih kenal siapa dirinya adalah dia dan Allah swt.

wahai hati sahabat- sahabatku pulihlah pulihlah pulihlah dari perasaan yang hanya meruntun jiwa, perasaan yang menyakitkan diri, perasaan yang hanya mencetuskan sebuah perbalahan.

damailah tenanglah wahai hati sahabat-sahabat.. yang mengusik jiwa ketika ini hanya nafsu amarah.padamkan ia berlalulah ia andai masih ada rasa sayang pada Allah swt dan sahabat-sahabat lain.

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang khusyuk (surah al-baqarah :ayat 45)

wallahualam