Wednesday, November 14, 2012

tamat sudah riwayat kaunselor pelatih.perjalanan masih panjang

Assalamualaikum!!!

Sepanjang bergelar seorang kaunselor pelatih di SMK Sungai Kruit, macam2 pengalaman aku dapat..hehe
antaranya, jumpe pelajar2 yg bmcm2 cerita tntg kehidupan. ALhamdullillah, kebahagiaan yang mereka miliki adalah dengan pergi ke sekolah tapi caner lak budak yang tak suka pegi sekolah. macamana pula dgn emosi,  pemikiran dan tindakan dia orang yang adakalanya tak boleh terima tentang kehidupan yang bmcm2 karenah. That's why, ada yang ponteng sekolah. Ada pula ponteng kelas sebabkan tiada keseronokan dalam apa jua keadaan.

Hmm..oke, sebelum aku melalut itulah realiti di sekolah, yang orang tau ckgu kaunseling duduk dalam bilik aircond???hahah.,.aircond ke?perhhh,,tyme matahari duk pacak, mane boleh tahan. Hm, oke..mcm nak pengsan duk layan student. tapi ape yg dibalas adalah

"mane la budak tu tak mai bilik kaunseling, ckgu 2 asyik melayan..."

huhuh..abes lau tak layan. tak dela budak tu dtg..hurm,, sbnrnya kemahiran melayan itu sendiri perlu ada time bimbingan ke kaunseling ke.. sampaikan aku tpksa wat announce kata kat budak2 ni.

"assalamualaikum semua. baik hari ni ckgu dpt aduan sikit tntg sikap komee yg suka beno g blik kaunseling tyme rehat suka lepak kat tepi corridor, ckgu harap kome yg btul2 nak jmpe ckgu je dtg bilik kaunseling.. "

ceh wah!!gune bhasa perak la kunon padahal tak pun.. harapan tggl harapan..pelajar mcm bese dtg bilik kaunseling...sehinggakan aku ditelefon oleh guru2 yang agak2 aku mcm kurang bpuas hati la student tak mai belajaq kls derang.

Hello..ade tak budak dtg bilik kaunseling skrg ni?namanya ********...
oowhh,, xde ckgu sory die tak dtg plak..

trus ltk tepon...hahahaha...lawak betuii.. aku trima seadanya keadaan itu. mcm2 la..yg plg tak bleh blah ade gak ckgu marah student mcm nak pekene aku..

" yang awk masuk blik kaunseling tu bwt ape..jerit individu tsebut..

heheheheh...lawak lah..aku gelak sakan ngn mmber aku.. tah pape je..kalau tak , baik aku hambat budak2 tu balik kelas derang. huhu,biasalah budak2 nak perhatian cikgu.. aku pun sedar..as long as aku tak kene maki depan2 dah kire okelah..heheh.. aku rase pada tahun2 akan dtg..ckgu2 perlu diberi taklimat tntg kerjaya kaunselor... takkan la kami sbgai kaunselor je yg kene faham hak seorang guru, bagaimana pulak tugas hakiki seorang kaunselor mmg orang lain perlu salah anggap je ke.. tapi kalau betul lah, kata pensyarah aku bahawa kalau cikgu kaunseling o kaunselor tu memang betul2 jalankan tanggungjawab seorang kaunselor maka, takkan jadi bahan lah ckgu kaunseling tu. harap2 mcmtulah.

actually time aku jadi kaunselor pelatih..hehe..byk kenangan yg dpt aku kutip..dan betapa berharganya pengalaman itu, tak penah2 jadi MC. byk kali dah la aku jadi MC walau suara tak sedap. betapa byk aku burn out, betapa banyak aku pening kepala tahap gaban, betapa banyak aku gelak ketawa bsama student dan kwn2 praktikum yang mmg gempaq dan betapa aku patut bsyukur kerana berada di SMK Sungai Kruit yang sangat harmoni walaupun bile time rehat mcm sekolah kat Amerika dah.

Pelajar-pelajarnya sangat2 sporting tapi yang tak boleh blah skali bagi aku adalah ketika menjadi juri bagi pertandingan Minggu Bahasa..Kahkahkah..budak2 ni sempoi habis. Aku rasa akulah juri yang paling kejam antara kawan2 lain. Tak sedap je,aku kate next..budak2 ni mesti sakit hati dgn aku.tapi aku seronok pekene budak2 ni..nampak cute sgt. comel! hehe.. aku harap mereka dapat kembangkan lagi potensi. aku nampak muka2 talented dorang tu. dulu time aku sekolah, aku mane berani nak perform depan cikgu2.. tapi yang aku suka adalah menulis sajak yang tah pape..kehkeh3..

Bagi aku.. dunia kaunselor pelatih memang mencabar sebelum bergelar kaunselor sebenar..aktiviti-aktiviti yang dijalankan pun bagi aku mencapai kepuasan yang aku dambakan sebelum ini. hm..nanti aku upload gmba dan aktiviti yang dijalankan..

so.. hari ni cukup setakat ini..selamat menyambut tahun baru..
p/s jgn lupe baca doa akhir tahun dan awal tahun...(terima kasih atas ingatan)

Saturday, March 10, 2012

serabut makin tambah gembira.

makin serabut jiwa kecil aku
makin kusut bicara hati ku
aku mahu hidup bersamanya
aku mahu dia tahu apa rasaku
mungkin dia jauh hati denganku
mungkin jua dia tidak mahu 
membina kenangan itu bersama aku

hm..saat menguji itu bukan utk aku
aku lari sekuat hati pada hari ini
kerana tidak mahu kecewa pada kemudian hari

saja ja..mjiwangkan diri seketika..masalah percintaan sering blaku masa kita remaja or alam keremajaan..hehe..saya tersenyum melihat kerenah rakan taulan yang punyai spesel..tatkala itu, menjadi lumrah perasaan hati wanita untuk seorang lelaki.. saya terbaca lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..benarkah begitu?
jika begitu mengapa berlaku suami pukul isteri?
hmm..setelah duduk berfikir barulah saya sedar..
tanpa rasa bertolak ansur antara kedua insan tersebut 
maka terjadilah insiden berkeadaan sebegitu rupa
saya bukanlah insan sesuai mengatakan hal itu tapi bagai tersedar...

mimpi aku bukan tanda henti
mimpi aku bukan tanda tertutup
mimpi aku bukan tanda tiada nafas
mimpi aku hanya sebuah cerita

p/s jgn serabut jika fikir serabut

Thursday, February 23, 2012

kotak kecil bewarna biru

hari ini..hati saya terdetik lagi.
kira2 saya masih belum memahami erti kehidupan manusia
baik dari segi emosi, pemikiran dan tingkahlaku
apa sebab saya rasa harus meminta mereka sedar tentang keupayaan mereka?
apa sebab saya harus membuka mata mereka menilai tentang diri mereka sendiri?
apa sebab saya perlu membantu mereka mengenali diri sendiri?
AHHH..
saya gagal membantu manusia sealiran dengan bidang saya
seandainya dia berjaya, saya berjaya, kami berjaya tapi mereka tidak
apa hukuman ini perlu diletakkan ke atas saya atau mereka?
tatkala hasutan mula menerpa minda kami
tapi mereka masih hanyut entah mengapa

mungkin ini adalah takdir sang Pencipta
tapi kita sendiri mencorakkan siapakah kita di atas bumi ini
Khalifah di bumi, Hamba di dunia dan Akhirat
bangunlah anak muda yang masih seronok terlena
kelak kita sendiri yang akan mencorakkan siapa anak kita

sekiranya saya gagal lagi, maafkan saya
saya tidak sempurna saya cuma insan biasa
yang cuba mengegarkan sebuah peta dunia
malah saya tidak mahu kehancuran pada mereka

Tuesday, February 21, 2012

manusia dan sopan santun

perkataan dan intonasi ada bezanya,
ada nada suara tinggi
ada nada suara rendah
ada nada suara biasa-biasa saja
satu perkataan boleh mengubah diri manusia
marah sedih gembira kecewa bangga
emosi terlahir dari bahasa lisan dan bahasa tubuh

saya bertembung lagi dengan staf yang agak kurang mesra rakyat
bahasa yang baik dibalas dengan maksud dan lirikan mata yang tajam
apakah itu satu ugutan?
atau sekadar riak wajah dia paling berkuasa?
biasalah manusia suka dipandang hebat
tapi wajarkah saya memandang hebat seorang insan
yang tiada sopan santun
maaf saya katakan
saya takkan hormat individu itu 

jahatkah saya?
ALLAH swt melarang manusia membenci sesama manusia
dan saya sendiri tidak membenci individu itu
tapi cubalah fikir dan renung-renungkan
seandainya setiap insan yang memerlukan pertolongan 
dibalas dengan gayanya pasti sumpah seranah diberikan 
walhal perkhidmatannya amat diperlukan

dunia tak akan aman
andai sombong menguasai diri
andai riak menjadi pegangan
andai bahasa dan nada suara menjatuhkan semangat orang

saya cuba positifkan diri saya dengan berkata dia penat bekerja
tapi setiap kali bertembung itulah dia
konsep tidak mesra diamalkannya
saya harap dia berubah kerana bukankah malang
jika berperangai seperti itu..

p/s
tutur kata perlu dijaga

Wednesday, February 15, 2012

mengajar erti sebuah pembelajaran

renung hati ke hati agak sukar untuk lakukan
riak wajah riang belum cukup menggambarkan kenangan manis
masing-masing punyai persepsi terhadap apa yang difikirkan
lumrah manusia memerlukan manusia
sebegitunya peristiwa itu terjadi di alam kita
ok..itu adalah intro kepada program yang berlangsung pada 10-12 februari 2012 d RTC, Gopeng, Perak

ilmu yang diperturunkan oleh Sifu En Abd Aziz b Mohd Yatim sekali lagi membuatkan dewan gamat sekali.trainernya begitu bersemangat menjalankan modul cara belajar. walaupun melawan arus muzik yang kuat tapi ia tidak mampu mengugat iman para pelajar yang terdiri pelbagai pelajar sekolah menengah. sesungguhnya aku berbangga dapat menguasai secebis ilmu yang diperturunkan oleh sifu kami. Hanya Allah dapat membalas jasa Sifu. tidak pernah saya melalui program yang mana saya dapati puas dalam mengendalikan kelompok kecil.. bukan riak tapi rasa seronok dapat mengajar dan memberi ilmu kepada adik-adik yang seusia 13 tahun hinggalah 19 tahun. 

dari mata turun ke hati,
dengar bukan sebarang dengar,
dengar terus masuk ke ruang akal,
hasrat hati dicantumkan dengan akal 
selarilah ia dengan pergerakan..

inilah yang dikatakan kemahiran yang utuh diajar oleh sifu kami..Yaallah,betapa ia membuka ruang pemikiran saya. saya makin faham sebab musabab pelajar perlu tahu tentang kemahiran ini. setakat pelajaran yang diajar oleh sifu saya, ia banyak membuka minda saya selaku trainer dan fasi dalam kumpulan. moga saya mampu lakukan lebih baik daripada apa yang saya lakukan. malah, adik-adik saya dapat menguasai kemahiran belajar dengan lebih baik.. bukakanlah pintu hati dan cahaya hati kepada adik-adik saya dalam memperolehi keputusan yang baik dalam kehidupan mereka..

aku bukan lagukan puisi,
aku bukan lagukan syair,
aku bukan lagukan sajak,
tapi inilah permulaan manusia biasa 
punyai kata-kata dan menulis adalah diri aku!!


p/s mood berkobar-kobar

Monday, January 30, 2012

real world vs quality world

mengapa manusia lebih malu kepada manusia berbanding Allah swt

aku insan biasa
yang pasti hidup di dunia nyata
bukan khayalan semata-mata
tapi lain benar dari apa kehendak aku
aku inginkan yang ini
tapi Allah swt bagi yang itu
aku inginkan yang itu
tapi Allah swt bagi yang ini
dunia tanggapan aku seiring berubah
keranakan dunia sebenar aku

apa kaitan dengan sifat malu kepada manusia dengan Allah swt

kunci mata hilanglah penglihatan
kunci mulut hilanglah percakapan
kunci telinga hilanglah pendengaran

masa bersama manusia, SEGALA perlu dijaga kerana mata, mulut dan telinga manusia
tika bersama Allah SWT, TIADA saat DIA tinggalkan manusia
bimbang?sedih?takut?keliru?

tak ada manusia lain tahu jika tiadanya ketiga kunci tersebut
tapi pada ALLAH swt, DIA Maha Mengetahui..

kaitan dengan quality world adalah
manusia mempersepsikan malu dihina, dilihat, dijadikan bahan gosip manusia lain sebagai negatif
atau manusia tanggapkan secara positif

kaitan dengan real world adalah
barulah manusia melihat dunia ini dengan sebenarnya melalui persepsi yang dibina

samada perlu malu pada manusia atau malu pada ALLAH swt..
terpulang pada manusia yang miliki akal untuk menentukan perkara dilakukan itu lebih memalukan di depan manusia atau ALLAH swt
terpulang pada manusia yang miliki jiwa untuk menentukan perkara dilakukan itu lebih memalukan di depan manusia atau ALLAH swt
terpulang pada manusia yang miliki pergerakan untuk menentukan perkara dilakukan itu lebih memalukan di depan manusia atau ALLAH swt

semua bergantung pada manusia, selagi nyawa terdetik malulah pada ALLAH swt andai perbuatan itu tidak diredhaiNYA..

p/s kefahaman Choice Theory diriku yang kerdil

sempurnakah hidup ini?

aku pernah terjatuh
bangun dan masih tak bangun
oh..tekan loceng minda berpusing
harapan palsu kian memuncak
rupanya aku belum terjaga
mengintai masa yang tak terhenti
tak matang pemikiran tentang dunia
tapi aku kejar masa yang selalu berdetik
tidak pernah kurang tidak pernah lebih
seribu empat ratus empat puluh minit
aku miliki tapi tak mampu capai apa yang aku inginkan
yakinkah aku hidup aku sudah sempurna

hahhaha,..bosan lagi..lagi2 bosan.menulis menulis..merapu merapu.

hati aku tak kusut
pemikiran yang jadikan kebuntuan
betul tak betul
tindakan selari dengan akal pemikiran
tapi tak selalunya benar
aku tahu kognitif dan amalan psikomotor punyai kaitan dengan afektif
tapi apakah aku perlu percaya pada afektif?
hati yang sedih kerana banyak fikir
atau hati sedih kerana perasaan cintakan dia
atau hati sedih kerana gerak gerinya yang aku jatuh cinta
bukan salah dia

mengarut2..yeah aku suka mengarut..kesekian kali dirikumagika menulis lagi..arigota!

Thursday, January 26, 2012

pagi agaknya lagi

redup suasana mendamaikan sang kalbu
hati senang menghirup udara nyaman
kekuatan jiwa mantapkan rohani
sabarlah sayang hadapi warna warni kehidupan
tak senantiasa terjatuh di khalayak ramai
tapi senantiasa sedar hidup bersama manusia

story pagi ni aku anak cikgu, adik ckgu, anak buah ckgu..dan bakal jadi cikgu.hehe

time aku masuk jadi ckgu ganti dulu, aku rase aku macam monster, asyik lah nak menaya budak.
mana tak nya, asal masuk ja aku jadi rimau.hehe..pantang budak bising sikit.aku mulalah pusing ke arah depa.pastu ligat mencari suara sapa.n den bile dpt je.aku baling kapur.hahah..jahat btul.sipi nak kena budak tu, kalau tak mahunya aku masuk jail!kui3.

budak2 tu pun takut dgn aku pada awalnya. lpstu, aku pulak rasa tak syok mengajar. yelah aku ni kaki smbg jugak, tapi budak2 buat dunno je kat aku.aku rase menyesal gak sbb buat dorang mcmtu. tapi ego yelah baru masuk kelas. padahal jd cikgu ganti ja!haha..

lpstu, aku ubah lah sikit2..aku tgk mmber aku ni ckgu ganti gak..budak2 suka btul kat die.die lak smpai masuk kls yg aku ngaja.die tak mo rht2 g bilik guru.aku pun jadi malu.so, aku pun buat2 baik n ikhlas mmbantu budak2.padahal maluu la lau garang2

n den, budak2 cam suke kat aku la plak.aku pun rase tharu. budak plg nakal beb!nak g dpn jawab soalan aku.hhaha..ajar budak kls paling corot katakan.hehe..die dpt lak tu jwb.hm,,bgga aku!esok tu plak aku tny lgi soalan MATEMATIK yang aku olah supaya sesuai ngn budak2 ni.Alhamdulillah, ada lah jugak boleh dpt. nama budak tu Haziq.

hari2 mndtg aku rasa aku dpt tgkp jiwa budak2 ni..so aku jadi ckgu yang mngajar dgn baik dsbbkan rasa tpengaruh dgn budak2 ni punye pasal.kalau dorg bising aku suruh dtg dpn buat jwpn sbb tu dorg senyap..kekekek..lau ikutkan, aku telah menggunakan prinsip dendaan kot lau ikut teori.heheh..

bila hari guru tiba, ckgu cikgi ckp camgini kat aku..mmgla cikgu ganti dptlah byk adiah..eleh,, dlm ati ku kate,.jeleslah tu..hahah..aku tak harap pun adiah sbsr kereta mercedes..hehe..tapi aku terima jelah, byk betul coklat aku dpt.. haziq tu pun bg gak. cermin muka.nak suruh aku telek muka aku yg tak lawa ni la kot..hahaha..

aku bangga dapat bekerja di situ walaupun jadi ckgu ganti selama 1 bulan bbrapa hari..hehe..tapi skrg bile pkir balik di samping belajar teori, praktikal n ilmu2 kaunseling n perhubungan mbantu..sbnrnya byk kesalahan aku kottt..
1. garang sangat
2. asyik tekankan konsep dendaan yg ganjaran tu last2 baru la aku tekankan
3. mengajar tanpa bertanyakan adakah anda semua ok?hm,.,.itu penting.
4. tak reti kawal kelas.hahaha..
5. mengajar ikut silibus bukan buat pendekatan ikut silibus( rancang nak buat apa agar sesuai dgn budak2 ni)

hm..lama da aku tak jadi ckgu ganti since aku masuk U ni..yela aku mngaja tahun 2009..skang 2012 da..lama daa..kalau aku masuk sekolah pun skrg just buat program.so aku hope aku tak jadi ckgu garang!

biar falsafah menjadi ilmu
biar ilmu menjadi didikan
agar yang sukar menjadi senang
agar yang senang menjadi mudah
harapan keluarga bagi anak muda
harapan anak muda bagi sebuah negara

hehe..tah pe tah .aku bebelkan.ok.c ya!!!

p/s tonton gemersik kalbu.

Thursday, January 19, 2012

minda baru jadi nyata

manusia selalu mengertikan dunia secara negatif
lihat pada kiri dan kanan
manusia diomokkan dengan berita cukup kontroversi
tapi adakah omongan itu tepat belaka?
ada akal gunakan pemikiran 
ada hati mencari yang tulen
ada mata lihatlah dengan waras
ada telinga dengarlah secara terbuka
biar pancaindera tentukan segalanyaa...


mencari nilai baru dalam hidup bukan sukar 
jika hanya bijak melabel
tentunya mengundang persoalan
salah siapakah?
salahkan diri kerna tak memahami konsep
atau salahkan orang lain kerna memahami secara tidak adil


perkara ini bukan rungsingkan jiwa
tapi merosakkan akal dan pemikiran bagi pencinta wawasan
hidup...
berakarkan ilmu
bertunaskan iman
melaksanakan tindakan yang berpaksikan amalan 
pasti membuahkan hasil pemikiran yang nyata bukan palsu


pemikiran yang terkongkong dek kerna ceteknya ilmu dan amalan
membawa kepada jiwa kalut, kesengsaraan manusia
yang tidak bijak menilai duniawi
kerna itu, biarlah manusia tahu tentang segalanya
barulah minda jadi nyata