perkataan dan intonasi ada bezanya,
ada nada suara tinggi
ada nada suara rendah
ada nada suara biasa-biasa saja
satu perkataan boleh mengubah diri manusia
marah sedih gembira kecewa bangga
emosi terlahir dari bahasa lisan dan bahasa tubuh
saya bertembung lagi dengan staf yang agak kurang mesra rakyat
bahasa yang baik dibalas dengan maksud dan lirikan mata yang tajam
apakah itu satu ugutan?
atau sekadar riak wajah dia paling berkuasa?
biasalah manusia suka dipandang hebat
tapi wajarkah saya memandang hebat seorang insan
yang tiada sopan santun
maaf saya katakan
saya takkan hormat individu itu
jahatkah saya?
ALLAH swt melarang manusia membenci sesama manusia
dan saya sendiri tidak membenci individu itu
tapi cubalah fikir dan renung-renungkan
seandainya setiap insan yang memerlukan pertolongan
dibalas dengan gayanya pasti sumpah seranah diberikan
walhal perkhidmatannya amat diperlukan
dunia tak akan aman
andai sombong menguasai diri
andai riak menjadi pegangan
andai bahasa dan nada suara menjatuhkan semangat orang
saya cuba positifkan diri saya dengan berkata dia penat bekerja
tapi setiap kali bertembung itulah dia
konsep tidak mesra diamalkannya
saya harap dia berubah kerana bukankah malang
jika berperangai seperti itu..
p/s
tutur kata perlu dijaga
No comments:
Post a Comment