Thursday, February 23, 2012

kotak kecil bewarna biru

hari ini..hati saya terdetik lagi.
kira2 saya masih belum memahami erti kehidupan manusia
baik dari segi emosi, pemikiran dan tingkahlaku
apa sebab saya rasa harus meminta mereka sedar tentang keupayaan mereka?
apa sebab saya harus membuka mata mereka menilai tentang diri mereka sendiri?
apa sebab saya perlu membantu mereka mengenali diri sendiri?
AHHH..
saya gagal membantu manusia sealiran dengan bidang saya
seandainya dia berjaya, saya berjaya, kami berjaya tapi mereka tidak
apa hukuman ini perlu diletakkan ke atas saya atau mereka?
tatkala hasutan mula menerpa minda kami
tapi mereka masih hanyut entah mengapa

mungkin ini adalah takdir sang Pencipta
tapi kita sendiri mencorakkan siapakah kita di atas bumi ini
Khalifah di bumi, Hamba di dunia dan Akhirat
bangunlah anak muda yang masih seronok terlena
kelak kita sendiri yang akan mencorakkan siapa anak kita

sekiranya saya gagal lagi, maafkan saya
saya tidak sempurna saya cuma insan biasa
yang cuba mengegarkan sebuah peta dunia
malah saya tidak mahu kehancuran pada mereka

No comments: