Thursday, February 23, 2012

kotak kecil bewarna biru

hari ini..hati saya terdetik lagi.
kira2 saya masih belum memahami erti kehidupan manusia
baik dari segi emosi, pemikiran dan tingkahlaku
apa sebab saya rasa harus meminta mereka sedar tentang keupayaan mereka?
apa sebab saya harus membuka mata mereka menilai tentang diri mereka sendiri?
apa sebab saya perlu membantu mereka mengenali diri sendiri?
AHHH..
saya gagal membantu manusia sealiran dengan bidang saya
seandainya dia berjaya, saya berjaya, kami berjaya tapi mereka tidak
apa hukuman ini perlu diletakkan ke atas saya atau mereka?
tatkala hasutan mula menerpa minda kami
tapi mereka masih hanyut entah mengapa

mungkin ini adalah takdir sang Pencipta
tapi kita sendiri mencorakkan siapakah kita di atas bumi ini
Khalifah di bumi, Hamba di dunia dan Akhirat
bangunlah anak muda yang masih seronok terlena
kelak kita sendiri yang akan mencorakkan siapa anak kita

sekiranya saya gagal lagi, maafkan saya
saya tidak sempurna saya cuma insan biasa
yang cuba mengegarkan sebuah peta dunia
malah saya tidak mahu kehancuran pada mereka

Tuesday, February 21, 2012

manusia dan sopan santun

perkataan dan intonasi ada bezanya,
ada nada suara tinggi
ada nada suara rendah
ada nada suara biasa-biasa saja
satu perkataan boleh mengubah diri manusia
marah sedih gembira kecewa bangga
emosi terlahir dari bahasa lisan dan bahasa tubuh

saya bertembung lagi dengan staf yang agak kurang mesra rakyat
bahasa yang baik dibalas dengan maksud dan lirikan mata yang tajam
apakah itu satu ugutan?
atau sekadar riak wajah dia paling berkuasa?
biasalah manusia suka dipandang hebat
tapi wajarkah saya memandang hebat seorang insan
yang tiada sopan santun
maaf saya katakan
saya takkan hormat individu itu 

jahatkah saya?
ALLAH swt melarang manusia membenci sesama manusia
dan saya sendiri tidak membenci individu itu
tapi cubalah fikir dan renung-renungkan
seandainya setiap insan yang memerlukan pertolongan 
dibalas dengan gayanya pasti sumpah seranah diberikan 
walhal perkhidmatannya amat diperlukan

dunia tak akan aman
andai sombong menguasai diri
andai riak menjadi pegangan
andai bahasa dan nada suara menjatuhkan semangat orang

saya cuba positifkan diri saya dengan berkata dia penat bekerja
tapi setiap kali bertembung itulah dia
konsep tidak mesra diamalkannya
saya harap dia berubah kerana bukankah malang
jika berperangai seperti itu..

p/s
tutur kata perlu dijaga

Wednesday, February 15, 2012

mengajar erti sebuah pembelajaran

renung hati ke hati agak sukar untuk lakukan
riak wajah riang belum cukup menggambarkan kenangan manis
masing-masing punyai persepsi terhadap apa yang difikirkan
lumrah manusia memerlukan manusia
sebegitunya peristiwa itu terjadi di alam kita
ok..itu adalah intro kepada program yang berlangsung pada 10-12 februari 2012 d RTC, Gopeng, Perak

ilmu yang diperturunkan oleh Sifu En Abd Aziz b Mohd Yatim sekali lagi membuatkan dewan gamat sekali.trainernya begitu bersemangat menjalankan modul cara belajar. walaupun melawan arus muzik yang kuat tapi ia tidak mampu mengugat iman para pelajar yang terdiri pelbagai pelajar sekolah menengah. sesungguhnya aku berbangga dapat menguasai secebis ilmu yang diperturunkan oleh sifu kami. Hanya Allah dapat membalas jasa Sifu. tidak pernah saya melalui program yang mana saya dapati puas dalam mengendalikan kelompok kecil.. bukan riak tapi rasa seronok dapat mengajar dan memberi ilmu kepada adik-adik yang seusia 13 tahun hinggalah 19 tahun. 

dari mata turun ke hati,
dengar bukan sebarang dengar,
dengar terus masuk ke ruang akal,
hasrat hati dicantumkan dengan akal 
selarilah ia dengan pergerakan..

inilah yang dikatakan kemahiran yang utuh diajar oleh sifu kami..Yaallah,betapa ia membuka ruang pemikiran saya. saya makin faham sebab musabab pelajar perlu tahu tentang kemahiran ini. setakat pelajaran yang diajar oleh sifu saya, ia banyak membuka minda saya selaku trainer dan fasi dalam kumpulan. moga saya mampu lakukan lebih baik daripada apa yang saya lakukan. malah, adik-adik saya dapat menguasai kemahiran belajar dengan lebih baik.. bukakanlah pintu hati dan cahaya hati kepada adik-adik saya dalam memperolehi keputusan yang baik dalam kehidupan mereka..

aku bukan lagukan puisi,
aku bukan lagukan syair,
aku bukan lagukan sajak,
tapi inilah permulaan manusia biasa 
punyai kata-kata dan menulis adalah diri aku!!


p/s mood berkobar-kobar