Sunday, September 25, 2011

buka minda pandanglah ke hadapan



hari ini saya nak cerita satu kisah yang saya rasa banyak pengajaran yang boleh diperolehi.
cerita katak yang tempang..
dalam suatu kawasan kampung yang diduduki oleh pelbagai jenis katak ada yang berwarna hijau cair, coklat, hijau pekat dan hijau kekuningan. majlis yang akan diikuti oleh pelbagai katak ini adalah untuk menabalkan siapakah katak yang paling terkuat di kampung tersebut. 
lantas itu, semua katak yang kuat2, bdn besar dan sbgnye turun untuk menyertai pertandingan panjat pokok kelapa tersebut. katak tempang turut ingin menyertainya. ramai katak2 menghinanya malah ada juga memerlinya namun dia tetap dengan keputusannya. 
1...2....3...mula!!!
katak-katak bertungkus lumus memanjat pokok kelapa itu..satu persatu katak yang gagah jatuh ke tanah,namun katak tempang sedaya upaya memanjat walaupun katak-katak lain mengata dan terus menghinanya..akhirnya!!katak tempang berjaya sampai ke puncak pokok kelapa. 
semua katak-katak lain ingin tahu apa rahsia kejayaannya..namun katak tempang berlalu dari tempat itu dengan muka selambanya. datanglah pula seekor katak iaitu kawan baik kawan tempang..katak itu pun bkata katak tempang tu pekak die tak dengar apa2 pun..


lantaran itu, dlm kehidupan pedulikan apa jua tohmahan yang mendatang..kerana kejayaan pasti milik mutlak kita apabila kita berusaha dan sentiasa pandang ke hadapan.

p/s hasil karya ini dicantikkan dr buku motivasi

Thursday, September 15, 2011

tentang diriku

assalamualaikum..
MY LIFE pada hari ini..mengenai kehidupan bersama keluarga saya. Saya mempunyai 5 orang adik-beradik. Kakak sulung saya bernama Azrawati, kakak kedua Amalina, ketiga saya, Aisyah, adik keempat Rasydan dan yang kelima Haziq Ruzaini. Mengikut kata mak saya, anak yang perempuan ikut nama awalan ayah saya iaitu Abdullah, manakala anak lelaki ikut mak saya, iaitu Rusmawati. Dalam keluarga, saya rapat dengan kesemua ahli keluarga. Mungkin adakalanya saya rasa tak lah rapat, tapi sebenarnya rapat itu tidak boleh diukur dengan selalu berjumpa tetapi pengikat yang membuatkan saya dan adik-beradik sentiasa menghubungi antara satu sama lain. maka, di sini KOMUNIKASI adalah perkara yang paling mustahak dalam sesebuah perhubungan. okey! lihatlah gambar family saya.hehe
gambar keluarga besar

mak n abah tersayang..sayang!!!

mak tok and atok with grandchildren

me, akak, kakna, syafiyah, insyirah, nadhirah

rasydan, haziq, mak n abah


tempat percutian paling dekat

saya dan kakna

saya, adik, kakna

kakna, dan, saya

emak dan adik


sister n me
adik, akak n syafiyah

jalan-jalan di PD jee..

cucu dan mak tok


PD terbaikK!!

saya, mak, abah dan adik

Adik-adikku
inilah keluargaku...mungkin pada masa akan datang, saya akan update mengenai tempat tinggal saya yang paling tip top di MALAYSIA.sekian!!

Wednesday, September 14, 2011

SEDAR TAK SEDAR

assalamualaikum pembuka kata..
kehidupan blog menjadi agenda utama kepada setiap pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling bagi semester 5. Dengan keutuhan abad IT pada masa kini, setiap individu semakin pakar dalam menggunakan alat komunikasi yang semakin hari semakin canggih. Sebarang perkongsian maklumat juga menjadi pemangkin kepada ilmu pengetahuan yang luas di dunia ini. Banyak pulak membebel. Okey,dalam sedar tak sedar sekarang pelajar-pelajar sudah berada di UPSI..
huh...alaaaa....emm..oowww..hummmm..semua itu berlaku terhadap pelajar yang berada di Tg Malim..
nak tau sebab apa?
use 4 main component yg penting saje lau nak baca blog ini..iaitu :EHEM...EYES(Mata),HEART(Hati), EARS(Telinga), MIND(Akal)..





TETAPI lapangkan lah dada untuk terus membaca kerana diri SEDAR TAK SEDAR akan menguasai diri kita apabila EHEM menakluki diri kita untuk meneruskan pembacaan blog.


topik hari ini: STRESS! suatu hari tu mood kita asyik nak marah, nak tengking, sepak dan keluar lah perkataan @#S@*$@)!!! maka, dgn itu kita bila muhasabah diri balik...baru kita sedar yg kita telah sakitkan hati orang lain maka timbullah episod drama atau masalah dgn orang di sekeliling kita yang berpunca dari KITA..so, tekanan dalam belajar sekalipun tetap ada malah bagi mereka yang memiliki individu penting selain keluarga pun mengalami tekanan dalam percintaan misalnya.
stress ni suatu tindak balas emosi, fizikal dan mental individu berhadapan terhadap suatu perubahan/cabaran. stress tak kenal siapa mangsa nya!!Adakah anda individu tersebut??Jika tak tau, gunalah EHEM..
apakah tanda2 individu menghidapi stress??
mulut kering, gementar, susah tidur, cepat letih, kurang selera makan, gelisah, cepat marah, sakit kepala, lemah semangat, makan berlebihan, merokok berlebihan, mudah terkejut, bimbang, tak fokus, mudah lupa, rendah diri dan takut gagal


maka, mari kita tangani stress menggunakan kaedah 10 B!
Kaedah Menangani STRESS 10 B...
Bertenang
Bernafas dengan dalam
Berkata: relaks, tak mengapa
Beribadat
Bercakap dengan seseorang
Berurut
Berehat dan mendengar muzik
Beriadah
Bersenam
Berfikir positif


lihat video ini!


Okey, pertama kali saya lihat video ini saya terhibur tapi kali kedua, macam nak tengok dan tak nak tengok. kali ketiga, macam da bosan. Kemungkinan besar, saya berjaya mengawal diri dari berada dalam tekanan@stress. Macamana dgn teman blog??Yelah, hidup kita perlu ada rasa keseronokan bagi menghilangkan rasa pahit dalam kehidupan..
ini pula lagu yang saya rasa sesuai bagi mereka yang nak kurangkan tekanan dalam diri mereka..so, check it out!!




So, tenang tak pemikiran kawe2 semua??harap2nya mood saudara dan saudari semakin tenang dan damai macam dalam lagu ini kerana kedamaian itu milik kita semua.. lihatlah!lihatlah pokok yang menghijau,moga anda makin tenang dengan sumber kekayaan ALLAH swt yang mewah ini..


kalau tak mahu berada dalam keadaan stress::::
KAWAL EGO DALAM DIRI yang kadang2 boleh menguasai diri kita menjadi dari hampeh ke hampas ataupun from better to best.
So, try to listen and watch it..


lovepeoplemakepeopleloveus~
credit to my fren yg bg pemplate about stress
info tsebar
p/s give a feedback so I can improve my writting style..