Friday, June 14, 2013

aku senantiasa perlukan DIA!

bila hidup kerana manusia lain
tengok orang menangis pun nak sedih
tengok orang ketawa kau pun sibuk nak gelak
tapi bila hidup kau bertemankan diri sendiri
kau mula cari cari dan cari
sesuatu yang kau pun tak pasti
biar duit pokai berlibur lebih
yang pasti kau puas hati
itulah kau
suka suki sana sini
sakan kau hari hari
yang penting kau dan dunia kau
tapi kau lupa lagi
lupa lagi lupa dan lupa terus terlupa
yang kau masih ada 
Yang Gagah lagi Maha Agung

pejam kau celik kau 
nyawa kau atas DIA
masih lagi mahu lupa
masih diam masih buntu
cari dunia sendiri lagi
kau tak sedar eh
akhirah sana kau duduk lama
sini dunia jalan ke sana
paksikan minda kau 
tingkah kau hati kau 
pada La Ilaha Illallah


p/s terima kasih suci.. moga Allah swt memberkatimu~

Friday, June 7, 2013

aku sayang kamu

hidup bertemankan kamu
pagi aku pasti ditemani gelak tawa
belum jam 10 kau masih di pembaringan
kalau tidurnya 4. bangunnya atas lebih tinggi dari itu

kucar kacir hidup aku bertemankan kamu
lewat aku awal aku semua itu
ada pada aku dan kamu
kiranya kamu banyak bantu aku
sepanjang aku di sini
menagih cita dan harapan utuk ke seberang
tatkala itu konflik cetusan jiwa mula bergelodak
tatkala aku masih sendirian tanpa peneman hidup
aku ragu-ragu konflik diri atau konflik luar
ternyata ia konflik luar yang mengganggu aku!!!

aku makin hampa
aku diduga keadaan ini
tapi kehadiran kamu mengubat hati aku
aku sedih aku kecewa aku menangis
kamu ada di sisi aku

hidup bertemankan kamu
gundah gulana tekanan hidup kian pupus
aku yang dulu banyak fikir kusut
aku yang dulu banyak rasa perit
aku yang dulu bergelar insan kritik diri tinggi
kian merungkai apa itu erti kritikan

pabila kehadiran kamu
ada saja yang cuba dibantu
adakalanya aku tahu kamu jemu
adakalanya aku tahu kamu bosan
adakalanya aku tahu kamu ingin tutup telinga
tapi itulah kamu!!!
satu anggukan satu senyuman satu gelak tawa
satu ayat seribu makna
sudah memberi aku tanggapan itu perlu dibetulkan

aku bangga hidup dengan kamu
semestinya bangga kerana kamu penyokong kuat aku
pembantu aku tatkala aku bengang
perosak hati aku tatkala kamu lewat
haha, pembuat hati aku gembira dan duka
tapi dengan kamu
aku kenal erti KEBEBASAN
 TIMING IS NOT OVER LIMIT

thanks!!

Thursday, June 6, 2013

adakalanya tak semua orang perlukan kita

hm,,bunyi macam sedih
tapi tak pun sebenarnya..
hakikat hidup kau nak kau guna
kau tak nak kau boleh buat tak tau

kadang2 aku pelik
ragam manusia ini
kadang2 aku tolak ke tepi
personaliti individu ini
dan aku bangkitkan kata2
manusia hanya perlukan manusia lain ketika TERDESAK!!
yang senang. kau diagungkan
yang susah. kau diperbodohkan

realitinya manusia begini ramai
apakah salah guna konsep ESQ?
EQ ( manusia dgn manusia) dan SQ (manusia dgn Tuhan)
senang jaga hubungan dgn manusia
senang jaga hubungan dgn Tuhan

tapi yang kita dok buat adalah menyukarkan keadaan yang mudah
dgn meremehkan benda yang senang.
JAGA hubungan manusia dgn manusia
sudah tentu bukan hati sorang manusia ja kau perlu jaga
tapi manusia lain jugak yang punya hati dan perasaan

aku pernah terima satu ayat ni yg ku kira si dia sedang sentap!
YA tak lama lagi kau akan benci aku.
oi tak lama apa?? aku kat sini pun sekejap beb
nak benci apa, sekian lama aku sabar akan keadaan
terima keadaan ini blapang dada
dan tafsir permasalahan
guna zero mind process
aku jernihkan perasaan aku sendiri!

tapi yang kau tau hanya ramalkan peristiwa itu
aku benci kau.
mudah sgt nak kata benci.
kamus hidup aku dah banyak kata sabar dan sabar dan sabar
kau tak rasa apa aku rasa
dan aku tak rasa apa kau rasa
maka tolong ramalkan ia baik buat aku dan kau

kau fikir aku silap ramalkan kau
aku tak paham
aku tak upaya memahami
aku tak upaya membenci
tapi yang pasti aku syg kau
sbb kau insan baik buat aku
tp yang kau tanya hanya ramalkan
aku sedang berseronok
aku sedang tertawa bahagia
padahal tanpa itu semua
kau ingat aku boleh hadapi semua ini??

maka.. tolong fahami isi hati aku
bukan diam seribu kata
ungkap benci pabila mahu
ungkap sayang pabila perlu
aku merintih dalam senyuman
aku ketawa dalam berduka
kerana itu buatkan hatiku damai


maaf andai aku tak layak
terima kasih utk kesekian kali kita bersama
ego kau terlalu tinggi
makin aku rendahkan ego aku
makin tinggi kau tegapkan ego


im not a superhuman. im just a human
heheh