Monday, October 6, 2014

dulu kini selamanya

dulu kami langsung tidak berkawan
kami janggal berbual
ternyata kuasa Allah
aku sebilik dengannya
dan akhirnya keterasingan itu
buatkan kami berkawan

entah kenapa masa berlalu pantas
 jodoh persahabatan kami kuat
 ditakdirkan pula berpraktikum sama

dan setelah habisnya degree
kami membawa haluan sendiri
aku dengan kerja guru ganti
dan dia pembantu kosmetik
hehehe

masuknya kami ke menara gading
sekali lagi..
aku sebagai r.a
dan dia juga sebagai r.a
ternyata jodoh kami masih kuat


dan
perpisahan kali ini juga kerana Allah swt
aku di nogori
dan dia di johor
alhamdulillah
rezeki masing2

tetapi jodoh kami masih kuat
di peringkat sarjana
kami masih berkongsi penyelia tesis

itulah aku dan kawanku
dan selamat berjuang pada semua
dalam membantu mencorakkan anak2 di sk
perjalanan kita masih jauh
mari kita buktikan pada diri kita
kita mampu
(acely takut)

dan aku harapkan persahabatan ini masih kuat dan berkekalan
hingga ke Syurga.
Amin Ya Rabbal Alamin..


Sunday, August 24, 2014

erti sebuah perasaan



kasih dan sayang mereka
dapat aku rasa
aneh bukan
perasaan ini hadir
rintihan gelora jiwa mereka
dapat aku mengerti
aneh bukan
perasaan ini hadir
tapi bukan aku di tempat mereka
mereka yang lebih merasai
mereka yang lebih mengerti
aku tahu banyak jiwa menangisi
pemergian insan yang terpilih
aku tahu ujian ini
buatkan mereka lebih tabah
apatah lagi dugaan ini
adalah untuk mereka yang terpilih

salam takziah.. MH17.  ALLAHUAKBAR.

Monday, March 3, 2014

lindungilah aku~

Pelik Dan ajaib

 Ya sesungguhnya, aku sudah biasa untuk menyendiri dan tidak terfikir untuk bermain cinta! Kecewa hati ini tiada yang tahu, sering aku gagahkan diri menyendiri tatkala aku menerima saat berubahnya diri aku.. Tapi mengapa ya? Perasaan ini datang tatkala aku tidak mampu menindakkannya.. Setan kah? Sesuatu yg aku tak inginkan. Kehadirannya secara tiba-tiba tanpa agenda tak pasti. LINDUNGILAh aku YA ALLAH. Kau Maha Mengetahui Ya Allah, aku tidak tahu apa-apa.. Gerakkan lah hati aku ke arah kebaikan. lindungilah aku YA ALLAH. Jika ini ujian Kau pada Aku, kau kuatkan lah diri ini~

Thursday, January 2, 2014

tenanglah wahai hati

aku menulis bukan kerna nama, kerana sifat kasih pada semua insan
dan menyatakan kasih sayangku
kita sama semuanya sama apa yang anda semuanya kehidupan...

aku lihat aku mengerti jiwanya tetapi dia ..aku lihat tidak cuba memasuki ruang lingkup sahabiahnya yg lain. kenapa? adakah dia sendiri punyai nilai dan tanggapan terhadap rakannya sendiri..

oh si A mulutnya tempayan
oh si B mulutnya becok sekali
oh si C mulutnya manis sekali

begitukah dia melabel rakan-rakannya? sudah lama aku perhatikan dia cuma mahu orang lain memahami dirinya tanpa dia perlu memahami keadaan orang lain. apakah salah dia begini?

tidak! dia tidak salah malahan yg salah adalah rakan-rakannya yang masih cuba memahaminya sedangkan biarkan saja itu lebih baik kerana dia juga pasti mahukan perhatian dan kasih sayang sahabiah lain satu ketika nanti.

sanggupkah kita melihat dirinya terkapai-kapai sedangkan kita semua sudah memahami erti kasih? sanggupkah kita melihat dirinya tercari-cari sedangkan kita semua sudah memahami erti sayang?
sanggupkah kita melihat dirinya keseorangan tatkala kita memahami erti sebuah persahabatan?

oh tuhan.. aku tahu perasaannya. dia juga perlukan teman. namun, pada dasarnya dia tidak tahu belajar menjadi teman. dia sahaja sudah tidak mampu menggapai hati sahabat- sahabat apabila dia hanya mahu kemenangan di pihaknya tanpa ada rasa sekelumit 'ohh dia ada masalah' tidak muncul di kamus hidupnya.

maka, kita yang kenal siapa dia menjadi tidak kenal siapa dia malah yang lebih kenal siapa dirinya adalah dia dan Allah swt.

wahai hati sahabat- sahabatku pulihlah pulihlah pulihlah dari perasaan yang hanya meruntun jiwa, perasaan yang menyakitkan diri, perasaan yang hanya mencetuskan sebuah perbalahan.

damailah tenanglah wahai hati sahabat-sahabat.. yang mengusik jiwa ketika ini hanya nafsu amarah.padamkan ia berlalulah ia andai masih ada rasa sayang pada Allah swt dan sahabat-sahabat lain.

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang khusyuk (surah al-baqarah :ayat 45)

wallahualam