Thursday, January 2, 2014

tenanglah wahai hati

aku menulis bukan kerna nama, kerana sifat kasih pada semua insan
dan menyatakan kasih sayangku
kita sama semuanya sama apa yang anda semuanya kehidupan...

aku lihat aku mengerti jiwanya tetapi dia ..aku lihat tidak cuba memasuki ruang lingkup sahabiahnya yg lain. kenapa? adakah dia sendiri punyai nilai dan tanggapan terhadap rakannya sendiri..

oh si A mulutnya tempayan
oh si B mulutnya becok sekali
oh si C mulutnya manis sekali

begitukah dia melabel rakan-rakannya? sudah lama aku perhatikan dia cuma mahu orang lain memahami dirinya tanpa dia perlu memahami keadaan orang lain. apakah salah dia begini?

tidak! dia tidak salah malahan yg salah adalah rakan-rakannya yang masih cuba memahaminya sedangkan biarkan saja itu lebih baik kerana dia juga pasti mahukan perhatian dan kasih sayang sahabiah lain satu ketika nanti.

sanggupkah kita melihat dirinya terkapai-kapai sedangkan kita semua sudah memahami erti kasih? sanggupkah kita melihat dirinya tercari-cari sedangkan kita semua sudah memahami erti sayang?
sanggupkah kita melihat dirinya keseorangan tatkala kita memahami erti sebuah persahabatan?

oh tuhan.. aku tahu perasaannya. dia juga perlukan teman. namun, pada dasarnya dia tidak tahu belajar menjadi teman. dia sahaja sudah tidak mampu menggapai hati sahabat- sahabat apabila dia hanya mahu kemenangan di pihaknya tanpa ada rasa sekelumit 'ohh dia ada masalah' tidak muncul di kamus hidupnya.

maka, kita yang kenal siapa dia menjadi tidak kenal siapa dia malah yang lebih kenal siapa dirinya adalah dia dan Allah swt.

wahai hati sahabat- sahabatku pulihlah pulihlah pulihlah dari perasaan yang hanya meruntun jiwa, perasaan yang menyakitkan diri, perasaan yang hanya mencetuskan sebuah perbalahan.

damailah tenanglah wahai hati sahabat-sahabat.. yang mengusik jiwa ketika ini hanya nafsu amarah.padamkan ia berlalulah ia andai masih ada rasa sayang pada Allah swt dan sahabat-sahabat lain.

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang khusyuk (surah al-baqarah :ayat 45)

wallahualam

Thursday, December 26, 2013

doakan kita

'aku tak nak dan jangan contact aku lagi!!! bentak shakira.....aku dah buang pasal kau lah..aku dah maafkan kau. aku redha..aku pasrah kita tak ada jodoh maka tak perlu kau cari aku.. aku doakan kau bahagia bsama wife dan anakmu itu. maka..hiduplah bahagia tak payah hasut aku buat sesuatu yang aku tak nak buat.. lepaskanlah
ini kenyataan ..berilah peluang aku bahagia juga..doakan aku saja sepertimana aku doakan kau..

aku yg bdosa..ampunkan yaAllah..
shakira

Monday, December 23, 2013

small matter

small matter..hal yang tak besar dan kau sengaja bikin panas..masing2 ada kehidupan yg dijalani. so kenapa awak aisyah perlu rasa atau terasa dgn dia kawan mu itu.. wake up! dia jugak ada life nya sendiri..tapi aku rasa makin lama makin menjauh. tak ada berita atau cerita yang ingin dkongsi bsama. biarlah dia...dia juga ada banyak kerja dan kerja dan kerja yang dilakukan..sedangkan aku duduk di rumah bersenang lenang? eh tak da la senang.hee..cukup la jadi suri rumahtangga sebelum bkerja kelak. tapi adakalanya aku nak kan teman bersembang.heee..ngada bukan? tak apa lah..sembang ngan yelo jela..heheee..aku yang kebosanan

Wednesday, November 27, 2013

buka mata

adakah manusia hanya tahu merungut tanpa berusaha??salah tanggapan itu. manusia itu sudah berusaha tetapi separuh hatinya sudah gundah gulana untuk teruskan atau berhenti berharap. ya.itulah manusia. namun,yang tidak kecundang adalah mereka yang sudah mencuba gagal cuba gagal cuba gagal dan gagal sehingga temui jalan penyelesaian. begitu juga aku. aku takkan putus harap untuk terus berusaha sehingga berjaya. namun.andainya ditakdirkan Allah swt aku gagal..gagal lah aku.dan jika ditakdirkan Allah swt untuk menang aku menang..keyakinan pada Allah swt tidak patut luntur kerana percayalah Allah swt itu tahu yang terbaik buat kita semua.. Allahurabbi.kuatkan la semangat aku..hanya Kau yang tahu segalanya..:-)