Kelakar lawak ceria Satu perkara yg tak boleh lupa adalah dia adalah seorang sahabat yang tak pernah lupakan kawan2 Aku pula masih dengan sikapmu.angkuhnya aku kerana aku selalu terlupa tentang kawan Aku cuba untuk tidak begitu Tapi adakalanya aku gagal untuk terus menerus menjalin hubungan persahabatan dari terus terkubur. Ya adakalanya aku teringat tapi aku terlupa untuk bertanya khabar..itula aku ..seorang yang mungkin dianggap lupa kawan.
Cuma satu..terima kasih Ya Allah kerana aku dikurniakan sahabat yg baik. Benarlah rakan teman itu adalah pantulan dari diri kita walau aku acapkali nakal ganas tapi dikurniakan juga rakan yang sopan santun dan baik.
Antaranya Najwa. KAWAN yang hanya aku kenal ketika tingkatan 1 sudah menggenggam erat hatiku ketika di tingkatan 4 kerana berpindah. Di situ aku kenal erti menangis teresak2 makan x lalu mak ayah mula risau. Hmm. sahabat aku itula orang yg disebut dalam keluarga aku...walau adakalanya aku mengguris hatinya tanpa aku sedar tapi dia lah sahabat yg aku pujuk memujuk rayu mrayu ketika dia ingin berpindah.
Kisah itu yang mematangkan aku. Satu kehilangan yg amat melemahkan aku sebelum aku bangkit menguatkan hati aku untuk terus belajar di tingkatan 5. Hm kenangan..
Aku syg kawan sahabat teman aku.
No comments:
Post a Comment