Friday, November 25, 2011

langkahkan ke hadapan

tatkala
senja mula berlabuh
sinar makin muram
gelap makin tiba
rela hati tinggal kemurungan
bila sedih tinggal kecewa
tapi pastikan
bila tersenyum hati terusik
bila ketawa hati ceria

kaitannya adalah,
ketawa yang perlu ada pada setiap insan.
tak mengatakan bahawa setiap orang perlu ketawa tanpa ada sebab tapi senyuman yang mesra adalah tanda diri menghargai diri sendiri.
tanpa sedar, ringkas senyuman diberi menjadi saat indah dalam hidup

tulisan ku berupa buah pemikiran
melalui pengalaman dan pengetahuan
aku berjaya  menulis di sini
mengeluarkan berjuta-juta patah perkataan
yang membina sejuta makna
pabila hadir unsur positif
ku langkahkan permodenan karya ku
ku karangkan perihal ceritera manusia..

Tuesday, November 22, 2011

bangkitkan semangat sendiri dari melihat ketidakupayaan orang lain!

bangkitkan semangat sendiri dari melihat ketidakupayaan orang lain..

tak ada orang kisah ke anda susah
tak ada orang ambil port ke anda musnah
tak ada orang kasihankan anda ke ketika dilanda masalah
jawapannya adalah salah!

penglihatan yang sedia ada hanya menilai perkara di depan mata,
tapi bagaimana hati yang menilai orang?

bijak bercakap petah berbahasa
nilai budi amalan kita bersama
tiba masa buang gelora
ambil yang tenang hilangkan duka

sudah menjadi tafsiran kita andai kecewa, hilangnya semangat...wahai semangat??mana kau hilang?
di ceruk mana sekalipun, semangat itu datang dari kita sendiri..sememangnya, diri kita makin sempit, makin tersepit, makin terhimpit seandainya ditimpa cabaran yang kadang-kala menjatuhkan semangat diri kita...tapi adakah kita sedar, orang lain lagi teruk..Ya, selalu orang kata faham keadaan orang lain..tapi...bagaimana anda ingin melihat cabaran orang lain itu lebih berat jika anda sendiri tidak tahu mengurus kehidupan anda sendiri..
sebelum menilai orang, tolonglah pandang diri sendiri. samada diri anda baik dari orang itu

sakit hati memendam rasa
bila kecewa jiwa meronta
akal fikiran jauh ke sana
jangankan sedih kembalilah kepadaNYA..

Ceria! 1 word..inilah ungkapan yang paling sesuai..Ya,sememangnya..saya pegang teguh perkataan ini. Hidup dipenuhi keceriaan..Hidup saya tak pernah tiada orang di sisi, ceria di samping orang yg kita sayangi..Tak perlu stress keterlaluan!yakin lah anda mampu merubah segala kesulitan..andai sukar untuk bangkit dari kelemahan sekarang, bangkitlah ketika anda masih belum bersedia..maknanya lakukan perubahan sedikit demi sedikit.~~~

pejamkan mata, renunglah apa yang anda lakukan sepanjang hari ini.muhasabah diri!


Saturday, November 5, 2011

Kaedah Enam Topi Berfikir

Menurut Edward de Bono, 
"jika anda berpura-pura menjadi pemikir, anda pasti akan menjadi pemikir".. 


Enam topi berfikir adalah suatu kaedah yang digunakan untuk berfikir secara paralel iaitu meluaskan perspektif, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut pada masa yang berlainan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik. 


Topi PUTIH   ----> pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara yang objektif
Topi MERAH ----> pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi
Topi HITAM -----> pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan kecacatan
Topi KUNING----> pemikiran positif yang mengutamakan kebaikan, keistimewaan dan manfaat
Topi HIJAU----> pemikiran kreatif dan mampu menjana idea-idea baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada secara logik atau sebaliknya
Topi BIRU-----> pemikiran kawalan dan mengawal perjalanan topi-topi lain


setiap topi berfikir yang dipakai penting kerana pengaplikasiannya berlangsung ketika waktu malam misalnya topi putih dipakai menyebabkan seseorang merasakan ketenangan ketika menonton tv, topi hijau pada waktu dinihari untuk mendapatkan idea yang kreatif manakala topi merah misalnya waktu tengahari menyebabkan emosi dan tertekan.


segala pemikiran topik berfikir akan ditentukan pada akhir topi iaitu TOPI BIRU yang menjadi pusat kawalan kepada setiap pemikiran. 


rujukan pengaplikasian teknik berfikir

Friday, November 4, 2011

MAKAN VS DIRI

wahai manusia sekalian...hari ini adalah hari yang agak memesongkan diri saya dalam menguruskan waktu..
kenapa saya kata begitu??Ia kerana saya tidur terlalu banyak sehinggakan merasa menyesal kerana menghabiskan waktu dengan begitu sahaja. Usai bangun tidur, saya dan rakan-rakan bertolak ke Kampus dengan menaiki bicycle dan kemudian ke restoran berhadapan dengan Dusun Bay..makanannya sungguh sedap. Betullah kata setiap rakan saya, makanan yang sedap baru ada feel. Saya pun rasa kalau makanan tak sedap tak ada mood nak makan. Maka, dapat saya rumuskan dalam apa jua yang kita inginkan, kita ingin setiap perkara adalah yang terbaik malah jika ada sesuatu perkara yang membuatkan yang terbaik menjadi tak terbaik, memungkinkan kita kurang ada minat untuk melakukan apa jua perkara yang sama pada masa seterusnya. Namun begitu, konsep di dunia ini amat penting kerana yang tak terbaik perlu menjadi yang terbaik dengan terus berusaha menjadi terbaik. Samalah dengan restoran, kalau masih di takuk lama dengan menjual makanan yang kurang sedap, manalah ada orang ingin makan di restorannya.. Oleh hal itu, setiap dari kita perlu berubah menjadi yang terbaik jika inginkan terbaik dalam hidup kita..


UBAH=USAHA=TERBAIK!!

Thursday, November 3, 2011

Keluarkan MINDA MALU-MALU KUcING..

Assalam...
MINDA MALU-MALU KUCING...

okey, ia berkait tentang diri manusia yang kadang-kadang malu tak bertempat. Padahal sesuatu perkara itu amat lah perlu dilakukannya tanpa perlu mengira malu. Contohnya, bertanyakan jalan ketika sesat tapi tidak dilakukannya kerana malu dengan kesilapan yang telah dilakukan..malah, jika tidak faham dalam sesuatu topik pun, kita malas bertanya. ADUHAI MANUSIA!!!..Jika sebab itu, malu telah berjaya menular dalam diri anda. M-Malas, A-Ah, tu pun kena ke??, L-Lock Self, U-U make me ANGRY..okeh, dengan itu, MALU yang anda pegang selama ini tidak kena dengan kehidupan sebagai manusia yang memerlukan manusia lain untuk terus hidup dan menghidupkan suasana di muka bumi dengan berkomunikasi dengan antara manusia. oleh itu, buka lah minda malu-malu kucing itu, seandainya anda mahu berubah, cubalah yang terbaik dengan berusaha mengubah diri sedikit demi sedikit. Minda Malu-malu kucing ini perlu diubati sebelum ia memakan diri manusia kerana LOCK SELF yang terjadi menyebabkan individu gagal berdepan dengan orang lain dan mentafsir orang lain adalah mengikut persepsi berprangsa buruk. Oleh itu, marilah berubah menangani Minda Malu-malu Kucing!!!!

PD>MELAKA

NICE
SMART
Port Dickson adalah suatu daerah yang membangun dengan sektor peranginan dan tempat percutian terbaik bagi destinasi keluarga yang menginginkan suasana damai dan tenang. Melawat tanpa mandi pun di Pantai Port Dickson adalah perkara wajib bagi saya ketika cuti perkuliahan. Oleh kerana itu, masa lapang itu perlu diisi dengan quality event supaya quality time berjaya diperolehi. Maka, ibu dan bapa saya memilih untuk membawa kami ke hotel2 atau resort misalnya di Sunshine Bay, Tiara Beach Resort dan Tanjung Tuan Beach Resort. Walaupun rumah saya berdekatan dengan tempat tersebut, kami tetap pergi ke sana dengan mengisi masa bersama keluarga dengan melihat anak buah dan adik-adik mandi manda di swimming pool, atau makan di sana . Tetapi jika di pantai, seronok rasanya, makan pisang goreng, mee hoon, air sirap dan aiskrim bersama keluarga sambil ketawa dan bergembira.Sudah lama, tidak ke pantai sejak memasuki sem 5..mungkin, saya akan ajak ahli keluarga untuk ke pantai.


PD
cepat ABAH!


akak dan anak-anaknya
abah dan mak ku sayang


dari belakang
abah dan sydan ke melaka planetarium

mak adik sydan
Perihal ini menjadikan saya dan keluarga amat rapat. malah, perkara yang paling menggembirakan adalah hang out bersama family atau adik-beradik yang lain. Kami akan shopping sekitar PD dan Seremban kerana ayah saya seorang yang tegas dan tidak membenarkan anak-anaknya balik lewat dan saya tahu ayah amat menyayangi anaknya kerana melindungi kami walaupun kami sudah besar panjang. Sebab itu, saya takut sekiranya tidak memberitahu ayah untuk pergi ke mana2. Oleh kerana itu, kami sudah terbiasa keluar beramai2 walaupun ke shopping complex.. LAWATAN dalam negeri memang selalu ayah dan mak saya bawa, yang paling jauh Sabah tapi saya ada kelas waktu itu, jadi saya seorang tak dapat pergi,huhu..Tempat favourite mak dan abah adalah negeri Melaaaakaaa..Hal ini kerana, jika ada kelapangan sekalipun, destinasi makanan adalah di restoran ikan bakar la jawabnya. Sehinggakan saya jadi suka Melaka kerana selalu ke sana..hehhe...sekian!!saya sayang keluarga saya!!!