Saturday, November 5, 2011

Kaedah Enam Topi Berfikir

Menurut Edward de Bono, 
"jika anda berpura-pura menjadi pemikir, anda pasti akan menjadi pemikir".. 


Enam topi berfikir adalah suatu kaedah yang digunakan untuk berfikir secara paralel iaitu meluaskan perspektif, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut pada masa yang berlainan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik. 


Topi PUTIH   ----> pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara yang objektif
Topi MERAH ----> pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi
Topi HITAM -----> pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan kecacatan
Topi KUNING----> pemikiran positif yang mengutamakan kebaikan, keistimewaan dan manfaat
Topi HIJAU----> pemikiran kreatif dan mampu menjana idea-idea baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada secara logik atau sebaliknya
Topi BIRU-----> pemikiran kawalan dan mengawal perjalanan topi-topi lain


setiap topi berfikir yang dipakai penting kerana pengaplikasiannya berlangsung ketika waktu malam misalnya topi putih dipakai menyebabkan seseorang merasakan ketenangan ketika menonton tv, topi hijau pada waktu dinihari untuk mendapatkan idea yang kreatif manakala topi merah misalnya waktu tengahari menyebabkan emosi dan tertekan.


segala pemikiran topik berfikir akan ditentukan pada akhir topi iaitu TOPI BIRU yang menjadi pusat kawalan kepada setiap pemikiran. 


rujukan pengaplikasian teknik berfikir

No comments: