Friday, November 4, 2011

MAKAN VS DIRI

wahai manusia sekalian...hari ini adalah hari yang agak memesongkan diri saya dalam menguruskan waktu..
kenapa saya kata begitu??Ia kerana saya tidur terlalu banyak sehinggakan merasa menyesal kerana menghabiskan waktu dengan begitu sahaja. Usai bangun tidur, saya dan rakan-rakan bertolak ke Kampus dengan menaiki bicycle dan kemudian ke restoran berhadapan dengan Dusun Bay..makanannya sungguh sedap. Betullah kata setiap rakan saya, makanan yang sedap baru ada feel. Saya pun rasa kalau makanan tak sedap tak ada mood nak makan. Maka, dapat saya rumuskan dalam apa jua yang kita inginkan, kita ingin setiap perkara adalah yang terbaik malah jika ada sesuatu perkara yang membuatkan yang terbaik menjadi tak terbaik, memungkinkan kita kurang ada minat untuk melakukan apa jua perkara yang sama pada masa seterusnya. Namun begitu, konsep di dunia ini amat penting kerana yang tak terbaik perlu menjadi yang terbaik dengan terus berusaha menjadi terbaik. Samalah dengan restoran, kalau masih di takuk lama dengan menjual makanan yang kurang sedap, manalah ada orang ingin makan di restorannya.. Oleh hal itu, setiap dari kita perlu berubah menjadi yang terbaik jika inginkan terbaik dalam hidup kita..


UBAH=USAHA=TERBAIK!!

No comments: