Thursday, December 26, 2013

doakan kita

'aku tak nak dan jangan contact aku lagi!!! bentak shakira.....aku dah buang pasal kau lah..aku dah maafkan kau. aku redha..aku pasrah kita tak ada jodoh maka tak perlu kau cari aku.. aku doakan kau bahagia bsama wife dan anakmu itu. maka..hiduplah bahagia tak payah hasut aku buat sesuatu yang aku tak nak buat.. lepaskanlah
ini kenyataan ..berilah peluang aku bahagia juga..doakan aku saja sepertimana aku doakan kau..

aku yg bdosa..ampunkan yaAllah..
shakira

Monday, December 23, 2013

small matter

small matter..hal yang tak besar dan kau sengaja bikin panas..masing2 ada kehidupan yg dijalani. so kenapa awak aisyah perlu rasa atau terasa dgn dia kawan mu itu.. wake up! dia jugak ada life nya sendiri..tapi aku rasa makin lama makin menjauh. tak ada berita atau cerita yang ingin dkongsi bsama. biarlah dia...dia juga ada banyak kerja dan kerja dan kerja yang dilakukan..sedangkan aku duduk di rumah bersenang lenang? eh tak da la senang.hee..cukup la jadi suri rumahtangga sebelum bkerja kelak. tapi adakalanya aku nak kan teman bersembang.heee..ngada bukan? tak apa lah..sembang ngan yelo jela..heheee..aku yang kebosanan

Wednesday, November 27, 2013

buka mata

adakah manusia hanya tahu merungut tanpa berusaha??salah tanggapan itu. manusia itu sudah berusaha tetapi separuh hatinya sudah gundah gulana untuk teruskan atau berhenti berharap. ya.itulah manusia. namun,yang tidak kecundang adalah mereka yang sudah mencuba gagal cuba gagal cuba gagal dan gagal sehingga temui jalan penyelesaian. begitu juga aku. aku takkan putus harap untuk terus berusaha sehingga berjaya. namun.andainya ditakdirkan Allah swt aku gagal..gagal lah aku.dan jika ditakdirkan Allah swt untuk menang aku menang..keyakinan pada Allah swt tidak patut luntur kerana percayalah Allah swt itu tahu yang terbaik buat kita semua.. Allahurabbi.kuatkan la semangat aku..hanya Kau yang tahu segalanya..:-)

Tuesday, October 22, 2013

Bukan milik kita

Nyawa yg dimiliki hanya sekejap. Ingatlah..mati kau bila2 saja
Kau tidur kau bangun tiba saat nyawa kau direntap
Kau tiada di dunia yang sekejap.

Kalau kau mahu syurga
Amalan mana yang kau buat
Kalau kau mahu neraka
Silakan dengan perilaku buruk kau
Allah itu Maha Adil
Kau baik kau syurga
Kau jahat kau neraka

Kau mengalah kerna setan?
Huh. Atau nafsu?
Lawan lawan lah. Jangan kau takut
Kerana nama kau islam
Amal la kitab Muhammad saw
Peganglah kebenarannya.

Thursday, October 10, 2013

Kebosanan! Mari mula berkongsi iklan!

Pabila kebosanan tercetus..aku mula mencari sesuatu dan akhirnya 8share menjadi penemuan aku setelah menjelajah ke blog2 blogger..  so, jom join 8 share!!bawah sinun ada link!

Hey, Come join me on 8Share.com, The Private Rewards Club for Social Media Users. Anyone who uses social media can join. By getting involved, we get rewarded with cash, prizes, points, and meet new friends too! Join me and see why everyone's inviting their friends to get involved. http://bit.ly/1aF6qMj See you there! 

Sunday, September 29, 2013

Funny

Orait..aku x banyak cerita cuma aku agak kelakar bila teringat kisah2 dulu.. Antaranya cinta monyet umur 16 thn..Hahaha..aku ni siyes x lawa.hitam. Kering apatah lagi kulit pun kering. Tapi atas sbb apa..ada gak mamat tackle siap menggila tpon mak aku ek..hm my fren kat upsi kata cah at least ko boleh crita kat anak ko yang ko kene ngorat time buat program ngn anak askar.haha..wat for? Aku x punya banyak sejarah ngn lelaki. Tapi aku pasti aku ingin sejarah itu dgn lelaki bakal suami aku saja.. Apatah lagi ..aku makin tahu apa yg aku kejar..goodbye mr laki..blum masa lagi.heee

Saturday, August 31, 2013

Saat itu

Hmm..jodoh dan rezeki adalah ketentuanNya atas usaha kite.. Aku agak aku ni kurang berusaha tentang jodoh. Hehe.. Tapi aku yakin Allah swt sedang melihat usahaku.. Apakah maksudnya itu? Iyaa.belum sampai jodohnya itu. Mcm lagu cerita dia.. Bila ku tunggu jawapanmu .. Masihkah aku ada di hatimuu..saat ini...
23 yrs old with a degree holder..masih muda walau ade kawan2 ku kata dah patut kawen. Eh..aku masih muda. Hmm..actually aku nak beritau hey im single u know bla bla bla.. Lau yg makcik2 tua pulak lau kat kenduri..anak mkcik yg usop tu ade kat uma..dtglaa..hey makcik lau nak sy jd menantu.mkcik la dtg umah sy bwk anak mkcik... Hehhee. Hm..time keje pulak..anak akk (mak) tu single lg x..sy nak masuk.. Hmm..tggu je aku ni. Tapi x menjelma..kalau benar ssorg itu sudah djodohkan dgn aku..pasti beliau berada di depan aku tika ini... Jika tiada usah ditanya mengapa wahai manusia2 sekalian.. Bikin rimas dan serabut...bukan tak mencari tapi belum jodohh.. Sabarlah wahai aisyah.biar tak cantik tapi hati cantik.biar lambat asal kawen jugak.hahaa..

Setelah cinta itu kuperoleh
Akan kujaga ia
Akan kukemaskan kasih itu
Hanya untuk dirimu
Andai tiada cinta itu lagi
Masih banyak aturanNya untukku
Sabarlah wahai diriku
Sabarlah wahai temanku

Tahniah sahabatku Hanisah Jamal yang akan bertunang pada 31 Ogos 2013..Moga tangisan lampaumu itu terubat dengan kebahagiaan yg kini kau peroleh..luv u so much my fren..

Hidup bahagia ada teman

Kelakar lawak ceria Satu perkara yg tak boleh lupa adalah dia adalah seorang sahabat yang tak pernah lupakan kawan2 Aku pula masih dengan sikapmu.angkuhnya aku kerana aku selalu terlupa tentang kawan Aku cuba untuk tidak begitu Tapi adakalanya aku gagal untuk terus menerus menjalin hubungan persahabatan dari terus terkubur. Ya adakalanya aku teringat tapi aku terlupa untuk bertanya khabar..itula aku ..seorang yang mungkin dianggap lupa kawan.

Cuma satu..terima kasih Ya Allah kerana aku dikurniakan sahabat yg baik. Benarlah rakan teman itu adalah pantulan dari diri kita walau aku acapkali nakal ganas tapi dikurniakan juga rakan yang sopan santun dan baik.

Antaranya Najwa. KAWAN yang hanya aku kenal ketika tingkatan 1 sudah menggenggam erat hatiku ketika di tingkatan 4 kerana berpindah. Di situ aku kenal erti menangis teresak2 makan x lalu mak ayah mula risau. Hmm. sahabat aku itula orang yg disebut dalam keluarga aku...walau adakalanya aku mengguris hatinya tanpa aku sedar tapi dia lah sahabat yg aku pujuk memujuk rayu mrayu ketika dia ingin berpindah.

Kisah itu yang mematangkan aku. Satu kehilangan yg amat melemahkan aku sebelum aku bangkit menguatkan hati aku untuk terus belajar di tingkatan 5. Hm kenangan..

Aku syg kawan sahabat teman aku.

Seronok makey budu

Makan makan makan makan... Huhu.budu hm..budu? Sedapnye makan nasi telur goreng ulam raja budu cili api n bawang merah..nikmat betul.. Hehe. Walau aku ni bukan orang kelate..tapi kawan aku ramai ore kelate so secara langsungnya telah membawa culture makanan kelate dlm diri aku. Apa pun aku nak cerita.budu sodap oii!

Alpa

alpa wey dgn dunia sendiri. malas.perasaan atau perbuatan atau pemikiran. aku sentiasa sedar kekurangan diri tapi itula masih gagal untuk berubah. aku cintakan hidup selepas akhirat tapi aku masih alpa..Yaallah..susah benar ingin berubah. tatkala itu. aku diajak ke masjid. mahunya malas pasti warga tua yg akan sokseksoksek. tapi tibanya. perasaan masuk pintu masjid sungguh indah. sudah lama barangkali tak jejakkan kaki ke sana. yalah masa di kampus dulu banyak main ini Aisyah.tapi seronok hati dapat berjemaah yg dah lama aku tak rasa. malu sendiri apabila berada dalam rumah Allah swt. ampun ya Rabb.aku harap dpt menebusnya.ramadhan bakal tiba.ya aku ingin tebus kekhilafan.

Friday, June 14, 2013

aku senantiasa perlukan DIA!

bila hidup kerana manusia lain
tengok orang menangis pun nak sedih
tengok orang ketawa kau pun sibuk nak gelak
tapi bila hidup kau bertemankan diri sendiri
kau mula cari cari dan cari
sesuatu yang kau pun tak pasti
biar duit pokai berlibur lebih
yang pasti kau puas hati
itulah kau
suka suki sana sini
sakan kau hari hari
yang penting kau dan dunia kau
tapi kau lupa lagi
lupa lagi lupa dan lupa terus terlupa
yang kau masih ada 
Yang Gagah lagi Maha Agung

pejam kau celik kau 
nyawa kau atas DIA
masih lagi mahu lupa
masih diam masih buntu
cari dunia sendiri lagi
kau tak sedar eh
akhirah sana kau duduk lama
sini dunia jalan ke sana
paksikan minda kau 
tingkah kau hati kau 
pada La Ilaha Illallah


p/s terima kasih suci.. moga Allah swt memberkatimu~

Friday, June 7, 2013

aku sayang kamu

hidup bertemankan kamu
pagi aku pasti ditemani gelak tawa
belum jam 10 kau masih di pembaringan
kalau tidurnya 4. bangunnya atas lebih tinggi dari itu

kucar kacir hidup aku bertemankan kamu
lewat aku awal aku semua itu
ada pada aku dan kamu
kiranya kamu banyak bantu aku
sepanjang aku di sini
menagih cita dan harapan utuk ke seberang
tatkala itu konflik cetusan jiwa mula bergelodak
tatkala aku masih sendirian tanpa peneman hidup
aku ragu-ragu konflik diri atau konflik luar
ternyata ia konflik luar yang mengganggu aku!!!

aku makin hampa
aku diduga keadaan ini
tapi kehadiran kamu mengubat hati aku
aku sedih aku kecewa aku menangis
kamu ada di sisi aku

hidup bertemankan kamu
gundah gulana tekanan hidup kian pupus
aku yang dulu banyak fikir kusut
aku yang dulu banyak rasa perit
aku yang dulu bergelar insan kritik diri tinggi
kian merungkai apa itu erti kritikan

pabila kehadiran kamu
ada saja yang cuba dibantu
adakalanya aku tahu kamu jemu
adakalanya aku tahu kamu bosan
adakalanya aku tahu kamu ingin tutup telinga
tapi itulah kamu!!!
satu anggukan satu senyuman satu gelak tawa
satu ayat seribu makna
sudah memberi aku tanggapan itu perlu dibetulkan

aku bangga hidup dengan kamu
semestinya bangga kerana kamu penyokong kuat aku
pembantu aku tatkala aku bengang
perosak hati aku tatkala kamu lewat
haha, pembuat hati aku gembira dan duka
tapi dengan kamu
aku kenal erti KEBEBASAN
 TIMING IS NOT OVER LIMIT

thanks!!

Thursday, June 6, 2013

adakalanya tak semua orang perlukan kita

hm,,bunyi macam sedih
tapi tak pun sebenarnya..
hakikat hidup kau nak kau guna
kau tak nak kau boleh buat tak tau

kadang2 aku pelik
ragam manusia ini
kadang2 aku tolak ke tepi
personaliti individu ini
dan aku bangkitkan kata2
manusia hanya perlukan manusia lain ketika TERDESAK!!
yang senang. kau diagungkan
yang susah. kau diperbodohkan

realitinya manusia begini ramai
apakah salah guna konsep ESQ?
EQ ( manusia dgn manusia) dan SQ (manusia dgn Tuhan)
senang jaga hubungan dgn manusia
senang jaga hubungan dgn Tuhan

tapi yang kita dok buat adalah menyukarkan keadaan yang mudah
dgn meremehkan benda yang senang.
JAGA hubungan manusia dgn manusia
sudah tentu bukan hati sorang manusia ja kau perlu jaga
tapi manusia lain jugak yang punya hati dan perasaan

aku pernah terima satu ayat ni yg ku kira si dia sedang sentap!
YA tak lama lagi kau akan benci aku.
oi tak lama apa?? aku kat sini pun sekejap beb
nak benci apa, sekian lama aku sabar akan keadaan
terima keadaan ini blapang dada
dan tafsir permasalahan
guna zero mind process
aku jernihkan perasaan aku sendiri!

tapi yang kau tau hanya ramalkan peristiwa itu
aku benci kau.
mudah sgt nak kata benci.
kamus hidup aku dah banyak kata sabar dan sabar dan sabar
kau tak rasa apa aku rasa
dan aku tak rasa apa kau rasa
maka tolong ramalkan ia baik buat aku dan kau

kau fikir aku silap ramalkan kau
aku tak paham
aku tak upaya memahami
aku tak upaya membenci
tapi yang pasti aku syg kau
sbb kau insan baik buat aku
tp yang kau tanya hanya ramalkan
aku sedang berseronok
aku sedang tertawa bahagia
padahal tanpa itu semua
kau ingat aku boleh hadapi semua ini??

maka.. tolong fahami isi hati aku
bukan diam seribu kata
ungkap benci pabila mahu
ungkap sayang pabila perlu
aku merintih dalam senyuman
aku ketawa dalam berduka
kerana itu buatkan hatiku damai


maaf andai aku tak layak
terima kasih utk kesekian kali kita bersama
ego kau terlalu tinggi
makin aku rendahkan ego aku
makin tinggi kau tegapkan ego


im not a superhuman. im just a human
heheh






Sunday, March 31, 2013

aku sensorang je..kau mampu?


bercinta itu memang manis macam gula tapi
kuat ke kau nak harung suka duka karenah pasangan yang belum tentu jadi pasangan kau

aku luahkan isi hati aku pada secebis kertas putih untuk mengingatkan aku tentang diri aku ni yang masih perlukan bimbingan dari orang lain namun tidak ku anggap seorang yang bergelar pakwe..cukuplah aku mendapat dakapan dan kasih sayang daripada insan yang bergelar suami  kelak..

bagaikan gula diharung semut. itulah hasil kemanisan yang sementara diperolehi oleh insan yang bercinta sebelum kahwin..tapi cuba lihat manis2 madu kekal lamanya samalah perhubungan perkahwinan

sya kau gi tak kursus kawen?
sya kau tau kursus kawen tu kene buat 3 hari da lps ni...
sya itu dan ini..
hati aku ni..hmmm..takda lagi rase itu kwajipan utk aku

kalau orang tny.aku kate nak pi ngn pasangan. tuiii..padahal mana ada sapa.. sesolo aku...sesingle aku..sensorang aku..aku tak mau menyusahkan orang lain.. kalau aku boleh uruskan..selagi aku uruskan aku uruskan sndiri..tapi aku ada 2 assistant : mek nisa n mek ani..
budak dua orang tu lah yg jadi PA aku spnjg masa..

nak perasaan apa?
perasaan seronok?da dpt
perasaan teruja? da dpt
perasaan marah? da dpt
perasaan merajuk? da dpt
perasaan ketawa? da dpt

apa lagi..cume 1 je tak dpt..perasaan dicintai??opss yg halal la nanti.sikit ja..tunggu la sikit lagi..