Friday, December 23, 2011

suka duka

sempurna kah untuk aku katakan aku sudah berjaya keluar dari kepompong kesukaran?
masih tidak sempurna andai aku tak berjaya membantu orang yang berada di sekeliling aku. aku mahukan anak didikku berjaya kelak!..aku tahu seandainya insan itu terbela atas kasih sayang, pastinya hidup dilimpahi kejayaan bukan kemewahan semata-mata

duri tajam menembusi lapisan isi
hati dicurangi diam sendiri
riak wajah mencerminkan situasi
tegangnya jiwa robeklah diri...

maka, aku perlu fahami konsep kasih sayang yang  pasti mampu membantu anak didikku ke arah  kejayaan!!!

Tuesday, December 13, 2011

makna cinta pabila terusik

persoalan tentang cinta?
hadirkanlah insan yang mampu melengkapi diriku...
namun ungkapan di bibir tak pernah kuluah
ungkapan di hati sering kunyatakan
aku fahami sukar untuk aku temui insan sebenar-benarnya 
untuk aku
nak kata aku tak cari
aku memang tak cari
persoalan tentang cinta berulang lagi
akak ku bertanya lagi tentang cinta padaku
confirm!aku belum berpunya..
mungkin perwatakanku yang agak cerewet dalam membuat pilihan
tapi pilihan pun tak ada.
kawanku kata aku terlalu cerewet.
hmmm..bagi diriku selagi hati tak terpaut masakan cinta akan ada
huh!aku buntu sendiri..
kadang-kadang aku rela bertemankan sahabat
tapi sampai bila??
aku faham benar kata ibu, ayah dan akak ku sendiri yang banyak kali meminta aku mempunyai seorang teman istimewa tapi aku gagal menjumpai mana-mana insan yang sesuai untuk digelar bakal suami..
high expectation??tak..aku bukan org jenis itu.kalau benarlah,aku solo sehingga kini.janganlah masa 2020 masih belum berpunya dan berkahwin..heheh..
perkongsian salahke solo wahai family ku??hahah

Monday, December 12, 2011

sebelum hanyut, persepsikan diri tentang dunia sementara

tersentuh hati mendapat msg dari seorang yang saya sayangi.
doakan dia dapat hidayah, dan dia doakan saya mndpt hidayah
sesungguhnya, lantai hati diri saya berkocak lagi kali ini,
lantas saya beranikan diri menulis di FB dan blog saya,
sebelum hanyut..persepsikan diri tentang dunia sementara...
sebelum hanyut adalah sebelum saya pergi meninggalkan dunia, sama ada saya terjaga dalam mimpi, semuanya bergantung pada kehendakNya. Ya, terlalu jauh manusia bergelar insan ini dengan dunia RasulNya, namun apakah tiada tindakan yang baik boleh saya lakukan??

sejenak terfikir, merenung diri 
mencari kekhilafan melontar isi
mempamer prasa mengenggam sanubari
menjitukan hati kewujudan Illahi.

tewasnya saya pabila waktu azan Subuh berkumandang pasti meninggalkan kesan yang mendalam hingga seluruh hari2 saya. bingkas bangun mengambil wuduk sudah menjadi wajib bagi saya namun saya masih tidak puas terhadap apa yang saya lakukan. barulah saya tersedar, saya makin jauh denganNya kerana saya tak mampu mengucapkan syukur ketika mengadapNya. sesungguhnya, saya perlu memohon keampunan ..saya harap anda juga sama. 

bingkai kayu kemas bentuknya
warna warni tona istimewa
hasrat menyampai ilmu sudah dikota
harap usaha dan doa diterimaNya

sebelum hanyut, persepsikan diri tentang dunia sementara adalah kiasan tentang diri saya sendiri terhadap apa yang saya lakukan ketika dan saat ini..

Friday, November 25, 2011

langkahkan ke hadapan

tatkala
senja mula berlabuh
sinar makin muram
gelap makin tiba
rela hati tinggal kemurungan
bila sedih tinggal kecewa
tapi pastikan
bila tersenyum hati terusik
bila ketawa hati ceria

kaitannya adalah,
ketawa yang perlu ada pada setiap insan.
tak mengatakan bahawa setiap orang perlu ketawa tanpa ada sebab tapi senyuman yang mesra adalah tanda diri menghargai diri sendiri.
tanpa sedar, ringkas senyuman diberi menjadi saat indah dalam hidup

tulisan ku berupa buah pemikiran
melalui pengalaman dan pengetahuan
aku berjaya  menulis di sini
mengeluarkan berjuta-juta patah perkataan
yang membina sejuta makna
pabila hadir unsur positif
ku langkahkan permodenan karya ku
ku karangkan perihal ceritera manusia..

Tuesday, November 22, 2011

bangkitkan semangat sendiri dari melihat ketidakupayaan orang lain!

bangkitkan semangat sendiri dari melihat ketidakupayaan orang lain..

tak ada orang kisah ke anda susah
tak ada orang ambil port ke anda musnah
tak ada orang kasihankan anda ke ketika dilanda masalah
jawapannya adalah salah!

penglihatan yang sedia ada hanya menilai perkara di depan mata,
tapi bagaimana hati yang menilai orang?

bijak bercakap petah berbahasa
nilai budi amalan kita bersama
tiba masa buang gelora
ambil yang tenang hilangkan duka

sudah menjadi tafsiran kita andai kecewa, hilangnya semangat...wahai semangat??mana kau hilang?
di ceruk mana sekalipun, semangat itu datang dari kita sendiri..sememangnya, diri kita makin sempit, makin tersepit, makin terhimpit seandainya ditimpa cabaran yang kadang-kala menjatuhkan semangat diri kita...tapi adakah kita sedar, orang lain lagi teruk..Ya, selalu orang kata faham keadaan orang lain..tapi...bagaimana anda ingin melihat cabaran orang lain itu lebih berat jika anda sendiri tidak tahu mengurus kehidupan anda sendiri..
sebelum menilai orang, tolonglah pandang diri sendiri. samada diri anda baik dari orang itu

sakit hati memendam rasa
bila kecewa jiwa meronta
akal fikiran jauh ke sana
jangankan sedih kembalilah kepadaNYA..

Ceria! 1 word..inilah ungkapan yang paling sesuai..Ya,sememangnya..saya pegang teguh perkataan ini. Hidup dipenuhi keceriaan..Hidup saya tak pernah tiada orang di sisi, ceria di samping orang yg kita sayangi..Tak perlu stress keterlaluan!yakin lah anda mampu merubah segala kesulitan..andai sukar untuk bangkit dari kelemahan sekarang, bangkitlah ketika anda masih belum bersedia..maknanya lakukan perubahan sedikit demi sedikit.~~~

pejamkan mata, renunglah apa yang anda lakukan sepanjang hari ini.muhasabah diri!


Saturday, November 5, 2011

Kaedah Enam Topi Berfikir

Menurut Edward de Bono, 
"jika anda berpura-pura menjadi pemikir, anda pasti akan menjadi pemikir".. 


Enam topi berfikir adalah suatu kaedah yang digunakan untuk berfikir secara paralel iaitu meluaskan perspektif, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut pada masa yang berlainan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik. 


Topi PUTIH   ----> pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara yang objektif
Topi MERAH ----> pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi
Topi HITAM -----> pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan kecacatan
Topi KUNING----> pemikiran positif yang mengutamakan kebaikan, keistimewaan dan manfaat
Topi HIJAU----> pemikiran kreatif dan mampu menjana idea-idea baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada secara logik atau sebaliknya
Topi BIRU-----> pemikiran kawalan dan mengawal perjalanan topi-topi lain


setiap topi berfikir yang dipakai penting kerana pengaplikasiannya berlangsung ketika waktu malam misalnya topi putih dipakai menyebabkan seseorang merasakan ketenangan ketika menonton tv, topi hijau pada waktu dinihari untuk mendapatkan idea yang kreatif manakala topi merah misalnya waktu tengahari menyebabkan emosi dan tertekan.


segala pemikiran topik berfikir akan ditentukan pada akhir topi iaitu TOPI BIRU yang menjadi pusat kawalan kepada setiap pemikiran. 


rujukan pengaplikasian teknik berfikir

Friday, November 4, 2011

MAKAN VS DIRI

wahai manusia sekalian...hari ini adalah hari yang agak memesongkan diri saya dalam menguruskan waktu..
kenapa saya kata begitu??Ia kerana saya tidur terlalu banyak sehinggakan merasa menyesal kerana menghabiskan waktu dengan begitu sahaja. Usai bangun tidur, saya dan rakan-rakan bertolak ke Kampus dengan menaiki bicycle dan kemudian ke restoran berhadapan dengan Dusun Bay..makanannya sungguh sedap. Betullah kata setiap rakan saya, makanan yang sedap baru ada feel. Saya pun rasa kalau makanan tak sedap tak ada mood nak makan. Maka, dapat saya rumuskan dalam apa jua yang kita inginkan, kita ingin setiap perkara adalah yang terbaik malah jika ada sesuatu perkara yang membuatkan yang terbaik menjadi tak terbaik, memungkinkan kita kurang ada minat untuk melakukan apa jua perkara yang sama pada masa seterusnya. Namun begitu, konsep di dunia ini amat penting kerana yang tak terbaik perlu menjadi yang terbaik dengan terus berusaha menjadi terbaik. Samalah dengan restoran, kalau masih di takuk lama dengan menjual makanan yang kurang sedap, manalah ada orang ingin makan di restorannya.. Oleh hal itu, setiap dari kita perlu berubah menjadi yang terbaik jika inginkan terbaik dalam hidup kita..


UBAH=USAHA=TERBAIK!!

Thursday, November 3, 2011

Keluarkan MINDA MALU-MALU KUcING..

Assalam...
MINDA MALU-MALU KUCING...

okey, ia berkait tentang diri manusia yang kadang-kadang malu tak bertempat. Padahal sesuatu perkara itu amat lah perlu dilakukannya tanpa perlu mengira malu. Contohnya, bertanyakan jalan ketika sesat tapi tidak dilakukannya kerana malu dengan kesilapan yang telah dilakukan..malah, jika tidak faham dalam sesuatu topik pun, kita malas bertanya. ADUHAI MANUSIA!!!..Jika sebab itu, malu telah berjaya menular dalam diri anda. M-Malas, A-Ah, tu pun kena ke??, L-Lock Self, U-U make me ANGRY..okeh, dengan itu, MALU yang anda pegang selama ini tidak kena dengan kehidupan sebagai manusia yang memerlukan manusia lain untuk terus hidup dan menghidupkan suasana di muka bumi dengan berkomunikasi dengan antara manusia. oleh itu, buka lah minda malu-malu kucing itu, seandainya anda mahu berubah, cubalah yang terbaik dengan berusaha mengubah diri sedikit demi sedikit. Minda Malu-malu kucing ini perlu diubati sebelum ia memakan diri manusia kerana LOCK SELF yang terjadi menyebabkan individu gagal berdepan dengan orang lain dan mentafsir orang lain adalah mengikut persepsi berprangsa buruk. Oleh itu, marilah berubah menangani Minda Malu-malu Kucing!!!!

PD>MELAKA

NICE
SMART
Port Dickson adalah suatu daerah yang membangun dengan sektor peranginan dan tempat percutian terbaik bagi destinasi keluarga yang menginginkan suasana damai dan tenang. Melawat tanpa mandi pun di Pantai Port Dickson adalah perkara wajib bagi saya ketika cuti perkuliahan. Oleh kerana itu, masa lapang itu perlu diisi dengan quality event supaya quality time berjaya diperolehi. Maka, ibu dan bapa saya memilih untuk membawa kami ke hotel2 atau resort misalnya di Sunshine Bay, Tiara Beach Resort dan Tanjung Tuan Beach Resort. Walaupun rumah saya berdekatan dengan tempat tersebut, kami tetap pergi ke sana dengan mengisi masa bersama keluarga dengan melihat anak buah dan adik-adik mandi manda di swimming pool, atau makan di sana . Tetapi jika di pantai, seronok rasanya, makan pisang goreng, mee hoon, air sirap dan aiskrim bersama keluarga sambil ketawa dan bergembira.Sudah lama, tidak ke pantai sejak memasuki sem 5..mungkin, saya akan ajak ahli keluarga untuk ke pantai.


PD
cepat ABAH!


akak dan anak-anaknya
abah dan mak ku sayang


dari belakang
abah dan sydan ke melaka planetarium

mak adik sydan
Perihal ini menjadikan saya dan keluarga amat rapat. malah, perkara yang paling menggembirakan adalah hang out bersama family atau adik-beradik yang lain. Kami akan shopping sekitar PD dan Seremban kerana ayah saya seorang yang tegas dan tidak membenarkan anak-anaknya balik lewat dan saya tahu ayah amat menyayangi anaknya kerana melindungi kami walaupun kami sudah besar panjang. Sebab itu, saya takut sekiranya tidak memberitahu ayah untuk pergi ke mana2. Oleh kerana itu, kami sudah terbiasa keluar beramai2 walaupun ke shopping complex.. LAWATAN dalam negeri memang selalu ayah dan mak saya bawa, yang paling jauh Sabah tapi saya ada kelas waktu itu, jadi saya seorang tak dapat pergi,huhu..Tempat favourite mak dan abah adalah negeri Melaaaakaaa..Hal ini kerana, jika ada kelapangan sekalipun, destinasi makanan adalah di restoran ikan bakar la jawabnya. Sehinggakan saya jadi suka Melaka kerana selalu ke sana..hehhe...sekian!!saya sayang keluarga saya!!!

Wednesday, October 26, 2011

intai persepsi lukisan

holla!
okey, siap juga hasil kerja saya yang seterusnya..tulisan yang menjadi catalyst atau pemangkin kepada sesebuah pasukan. yea, contohnya cheers group ketika memperkenalkan group dalam ice-breaking.
ketika peringkat ice-breaking lagi, biasanya nama-nama kumpulan itu dipilih berdasarkan kekuatan dan bisa yang ada pada kumpulan-kumpulan tersebut. oleh hal itu, tulisan berkaitan semangat daripada cantuman-cantuman huruf selalunya memberi jiwa kepada pembacanya.
okey, sila dan rajin2 melawat ke blog saya ini
klik pada kanan, dan tekan open link in a new tab untuk buka
http://persepsiduniaartworks.blogspot.com/2011/10/intai-persepsi-lukisan.html

writing is enjoyable!

hai kawan2...hari ini saya telah melakukan sesuatu yang saya rasa seronok untuk melakukannya. saya suka menulis. mungkin semua orang pelik hobi menulis kalau melukis, okey la juga. maka, hari ini saya telah hasilkan beberapa tulisan yang saya rasa amat bermakna dalam hidup saya yang mungkin boleh anda gunakan kelak. 
Idea ini pada asalnya bermula dari lecturer saya yang amat berbakat dalam bidang lukisan di samping mendidik kami di dalam kelas dengan penuh enjoyable dalam kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 dan kursus Konsultasi dan Pengurusan Kaunseling Sekolah.  
sila lawati blog saya di bawah
http://persepsiduniaartworks.blogspot.com/2011/10/suka-suki-untuk-semua.html

Thursday, October 13, 2011

berjayakah orang itu?

manusia itu sentiasa mencuba sesuatu yang terbaik tanpa disedari ada juga kekurangan dalam diri sendiri yang dilihat oleh orang lain untuk menjatuhkan manusia sesama manusia... tapi lagi kita melangkah ke hadapan, selagi itu kita percaya dan yakin pada diri sendiri yang kita mampu untuk pergi jauh (maksudnya CHALLENGE DIRI SENDIRI)..

rungkaikan rasa tertekan itu
senyum lah dan berlapang dada

kepercayaan dalam diri menjadi asas kepada setiap apa yang kita lakukan sehinggakan kita perlu menilai mana yang baik dan buruk dalam kehidupan kita. ada saja, manusia yang memandang ia bukan satu usaha yang positif dari diri kita. tapi bagaimana kita mentafsir dan menolak apa yang dikatakan oleh manusia itu?

tipsnya?

* buka mata pandang diri sendiri
* cuba lihat kekuatan anda dengan kekuatan diri manusia itu dan bandingkan
* senaraikan kelemahan yg ada pada anda dan topup dengan kekuatan baru
* snyum pada manusia tsebut dan kata anda mampu berjaya
* kuatkan azam untuk maju ke hadapan

p/s dicedok dan ditambah -bebas dari belenggu

Thursday, October 6, 2011

cool dengan tindakan

kembali COOL???

baiklah, ada orang kata dia lah insan paling cool di dunia, tapi sedarkah dia banyak menutup ruang dalam dirinya untuk menjadi diri sebenar.
maksudnya, jika anda penggemar movie, cd dan cerita2 yang menarik tapi setelah anda sibuk dan saja menyibukkan diri, anda mula melupakan anda adalah kaki wayang dan sebagainya..inilah dinamakan insan yang melupakan cara dirinya menghilangkan tekanan di dunia. 
anda juga telah korbankan saat saat bahagia anda bersama remote control di tangan, pop corn di mulut dan air coke yang disedut..bila saat ini hilang dari hidup anda, anda mula hilang fokus untuk bekerja dan belajar..anda juga perlukan rehat dan masa senggang untuk berhibur..sesibuk mana seseorang individu, pasti dia inginkan masa   untuk dirinya juga..apatah lagi, berada bersama keluarga. jadi, sebagai seorang insan hayati masa anda bekerja, hayati masa anda belajar, hayati masa anda bermain dan hayatilah kemanisan hidup bergelar manusia!!

Sunday, September 25, 2011

buka minda pandanglah ke hadapan



hari ini saya nak cerita satu kisah yang saya rasa banyak pengajaran yang boleh diperolehi.
cerita katak yang tempang..
dalam suatu kawasan kampung yang diduduki oleh pelbagai jenis katak ada yang berwarna hijau cair, coklat, hijau pekat dan hijau kekuningan. majlis yang akan diikuti oleh pelbagai katak ini adalah untuk menabalkan siapakah katak yang paling terkuat di kampung tersebut. 
lantas itu, semua katak yang kuat2, bdn besar dan sbgnye turun untuk menyertai pertandingan panjat pokok kelapa tersebut. katak tempang turut ingin menyertainya. ramai katak2 menghinanya malah ada juga memerlinya namun dia tetap dengan keputusannya. 
1...2....3...mula!!!
katak-katak bertungkus lumus memanjat pokok kelapa itu..satu persatu katak yang gagah jatuh ke tanah,namun katak tempang sedaya upaya memanjat walaupun katak-katak lain mengata dan terus menghinanya..akhirnya!!katak tempang berjaya sampai ke puncak pokok kelapa. 
semua katak-katak lain ingin tahu apa rahsia kejayaannya..namun katak tempang berlalu dari tempat itu dengan muka selambanya. datanglah pula seekor katak iaitu kawan baik kawan tempang..katak itu pun bkata katak tempang tu pekak die tak dengar apa2 pun..


lantaran itu, dlm kehidupan pedulikan apa jua tohmahan yang mendatang..kerana kejayaan pasti milik mutlak kita apabila kita berusaha dan sentiasa pandang ke hadapan.

p/s hasil karya ini dicantikkan dr buku motivasi

Thursday, September 15, 2011

tentang diriku

assalamualaikum..
MY LIFE pada hari ini..mengenai kehidupan bersama keluarga saya. Saya mempunyai 5 orang adik-beradik. Kakak sulung saya bernama Azrawati, kakak kedua Amalina, ketiga saya, Aisyah, adik keempat Rasydan dan yang kelima Haziq Ruzaini. Mengikut kata mak saya, anak yang perempuan ikut nama awalan ayah saya iaitu Abdullah, manakala anak lelaki ikut mak saya, iaitu Rusmawati. Dalam keluarga, saya rapat dengan kesemua ahli keluarga. Mungkin adakalanya saya rasa tak lah rapat, tapi sebenarnya rapat itu tidak boleh diukur dengan selalu berjumpa tetapi pengikat yang membuatkan saya dan adik-beradik sentiasa menghubungi antara satu sama lain. maka, di sini KOMUNIKASI adalah perkara yang paling mustahak dalam sesebuah perhubungan. okey! lihatlah gambar family saya.hehe
gambar keluarga besar

mak n abah tersayang..sayang!!!

mak tok and atok with grandchildren

me, akak, kakna, syafiyah, insyirah, nadhirah

rasydan, haziq, mak n abah


tempat percutian paling dekat

saya dan kakna

saya, adik, kakna

kakna, dan, saya

emak dan adik


sister n me
adik, akak n syafiyah

jalan-jalan di PD jee..

cucu dan mak tok


PD terbaikK!!

saya, mak, abah dan adik

Adik-adikku
inilah keluargaku...mungkin pada masa akan datang, saya akan update mengenai tempat tinggal saya yang paling tip top di MALAYSIA.sekian!!

Wednesday, September 14, 2011

SEDAR TAK SEDAR

assalamualaikum pembuka kata..
kehidupan blog menjadi agenda utama kepada setiap pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling bagi semester 5. Dengan keutuhan abad IT pada masa kini, setiap individu semakin pakar dalam menggunakan alat komunikasi yang semakin hari semakin canggih. Sebarang perkongsian maklumat juga menjadi pemangkin kepada ilmu pengetahuan yang luas di dunia ini. Banyak pulak membebel. Okey,dalam sedar tak sedar sekarang pelajar-pelajar sudah berada di UPSI..
huh...alaaaa....emm..oowww..hummmm..semua itu berlaku terhadap pelajar yang berada di Tg Malim..
nak tau sebab apa?
use 4 main component yg penting saje lau nak baca blog ini..iaitu :EHEM...EYES(Mata),HEART(Hati), EARS(Telinga), MIND(Akal)..





TETAPI lapangkan lah dada untuk terus membaca kerana diri SEDAR TAK SEDAR akan menguasai diri kita apabila EHEM menakluki diri kita untuk meneruskan pembacaan blog.


topik hari ini: STRESS! suatu hari tu mood kita asyik nak marah, nak tengking, sepak dan keluar lah perkataan @#S@*$@)!!! maka, dgn itu kita bila muhasabah diri balik...baru kita sedar yg kita telah sakitkan hati orang lain maka timbullah episod drama atau masalah dgn orang di sekeliling kita yang berpunca dari KITA..so, tekanan dalam belajar sekalipun tetap ada malah bagi mereka yang memiliki individu penting selain keluarga pun mengalami tekanan dalam percintaan misalnya.
stress ni suatu tindak balas emosi, fizikal dan mental individu berhadapan terhadap suatu perubahan/cabaran. stress tak kenal siapa mangsa nya!!Adakah anda individu tersebut??Jika tak tau, gunalah EHEM..
apakah tanda2 individu menghidapi stress??
mulut kering, gementar, susah tidur, cepat letih, kurang selera makan, gelisah, cepat marah, sakit kepala, lemah semangat, makan berlebihan, merokok berlebihan, mudah terkejut, bimbang, tak fokus, mudah lupa, rendah diri dan takut gagal


maka, mari kita tangani stress menggunakan kaedah 10 B!
Kaedah Menangani STRESS 10 B...
Bertenang
Bernafas dengan dalam
Berkata: relaks, tak mengapa
Beribadat
Bercakap dengan seseorang
Berurut
Berehat dan mendengar muzik
Beriadah
Bersenam
Berfikir positif


lihat video ini!


Okey, pertama kali saya lihat video ini saya terhibur tapi kali kedua, macam nak tengok dan tak nak tengok. kali ketiga, macam da bosan. Kemungkinan besar, saya berjaya mengawal diri dari berada dalam tekanan@stress. Macamana dgn teman blog??Yelah, hidup kita perlu ada rasa keseronokan bagi menghilangkan rasa pahit dalam kehidupan..
ini pula lagu yang saya rasa sesuai bagi mereka yang nak kurangkan tekanan dalam diri mereka..so, check it out!!




So, tenang tak pemikiran kawe2 semua??harap2nya mood saudara dan saudari semakin tenang dan damai macam dalam lagu ini kerana kedamaian itu milik kita semua.. lihatlah!lihatlah pokok yang menghijau,moga anda makin tenang dengan sumber kekayaan ALLAH swt yang mewah ini..


kalau tak mahu berada dalam keadaan stress::::
KAWAL EGO DALAM DIRI yang kadang2 boleh menguasai diri kita menjadi dari hampeh ke hampas ataupun from better to best.
So, try to listen and watch it..


lovepeoplemakepeopleloveus~
credit to my fren yg bg pemplate about stress
info tsebar
p/s give a feedback so I can improve my writting style..